Kerana Delusi..

 

Agak serabut untuk aku menulis perihal ini, kala ini. Pertamanya aku masih belum menepati matlamat utama aku berjaga iaitu membuat kajian untuk term paper. Keduanya mata aku sudah sedikit layu. Meski begitu kepala otak serabut memikirkan delusi manusia. Delusi dalam erti kata mencanang perkara yang agak musykil untuk aku terima dan tak dapat aku pastikan kebenarannya atas beberapa faktor.

Kerana aku tidak mahu taip padam dan taip padam lapan belas ribu kali, aku hanya mampu ungkapkan begini – katalah dan mengakulah apa juga yang dia mahu, kami sahaja yang tahu cerita sebenar. Jalinan-jalinan yang membuktikan itu juga jelas. Cumanya aku tidak kuasa mahu menerangkan perkara yang telah lepas. Buat apa dikenang perkara yang lepas sementelah aku sudah meneruskan kehidupan seadanya.

Yang lepas itu kenangan..

Kau indah…dia juga indah. Realitinya antara paling indah, inilah yang telah disuratkan oleh yang Esa dan aku menerima seadanya. Tiada kalau, mungkin atau barangkali di sini..

Yang lain-lain tak perlu jadi makhluk delusi…Antara durasi delusi yang dihebahkan, aku pelaku sebenar dilingkungan itu. Jadi abaikan delusimu itu kerana ianya membuatkan aku rasa sedih. Sedih kerana aku tak mahu berteriak untuk menjuarai perkara yang lepas.

Realiti menyakitkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *