Kerana Bertahan Itu Satu Penantian Yang Amatlah Panjang..

Senaraikanlah apa juga taktik dan teknik yang pernah dibuat sebagai pelajar untuk bertahan dalam kelas. Pastinya dalam senarai yang panjang itu 80% pernah aku lakukan secara terang-terangan, sembunyi-sembunyi dan separuh konsentrasi hatta separuh melayang. Paling epik, aku pernah tidur tanpa segan silu – sambil duduk dibarisan hadapan kerana mata sudah tak boleh memberi kerjasama kepada otak dan anggota badan lain. Tapi dengan konsep mata tidak memandang tapi telinga mendengar. Kalau diajukan soalan untuk mengenakan aku kerana perlakuan itu, jawapan yang benar tetap aku berikan berserta dengan frasa di atas. Cuba sekali aku tidur dan pergi jahanamlah apa penceramah itu cakap sebab lebih 90% daripadanya kisah kahwin dan kelamin. Oh, itu kursus kahwin..

Main Candy Crush dalam kelas Munis juga formalin. Siap kena majal gambar aku yang penuh konsentrasi di tangkap oleh rakan sekuliah. Chatting, BBM dan WhatsApp itu normal. Melukis itu kadang-kadang sebab ia akan bertukar menjadi awang larat tanpa motif. Lazimnya aku akan menulis cerita pendek atau puisi ringkas untuk mengisi masa.

Untuk cerita seperti gambar di atas, tally itu dibuat. Hanya mereka yang mengerti faham apa yang aku cuba sampaikan. Hey, aku terpaksa buat untuk memastikan aku bertahan. Aku ulang, bertahan itu penantian yang amat panjang. Itu pun ada yang aku tertinggal masa kelas berhenti 5 minit atau semasa aku ke tandas.

Sungguh pun begitu, setiap kali balik dari kelas aku akan mengulangkaji kembali untuk memastikan aku tidak lari dari matlamat asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *