Kerana Allah SWT Itu Adil..


Bermula 2009, setiap kali aku ditimpa musibah atau dianiaya orang aku hanya berdoa dua perkara pada Allah SWT :-

  1. Berilah aku peluang untuk menjadi ibu dan ada zuriat sendiri
  2. Berilah rezeki pada aku untuk memiliki rumah banglo yang besar..

Agak pelik doa itu. Tapi better daripada aku mencaci-maki dan meminta agar tuhan memberi balasan yang sama agar manusia itu mengerti apa yang aku rasa apabila dia menyusahkan hidup dan mental aku. Macam mana aku menangis, sayu hati dan rasa diperhambakan, rasa diperkotak-katikkan dan lain-lain emosi yang negatif disebabkan manusia itu.

Hari ini aku merasakan Tuhan itu adil..Bukan kerana aku mengandung atau berjaya memiliki rumah banglo. Tapi kerana satu Malaysia melihat kebenaran itu..

Memang rasa nak bersorak riang, tapi aku fikir ada banyak benda lain lebih penting untuk aku buat iaitu memikirkan macam mana untuk kaya cepat, selesaikan hutang dan sambung Master.

Dan betul….doa orang teraniaya itu makbul. Ia makbul dengan cepat sebab bukan aku saja yang berdoa, ramai lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Kerana Allah SWT Itu Adil..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *