Kerana Abah Sudah Tiada…

Selalu aku nyatakan dalam catatan terdahulu sama ada di Twitter, FB, blogspot, Tagged etc yang setiap hari adalah hari bapa, ibu, guru, lesbian, gay dan lain-lain. Tidak perlu tunggu satu tarikh yang dikhususkan oleh dunia untuk menyatakan rasa cinta dan kasih kepada seseorang. Disebabkan hari ini satu dunia melaungkan Selamat Hari Bapa makanya aku merestui menzahirkan cinta agung tertinggi buat seorang lelaki yang bergelar Abah.

Siapa tak sedih pilu jiwa lara bila memperkatakan tentang insan yang telah tiada. Aku pernah menulis panjang lebar tentang betapa besarnya pengorbanan abah, betapa rindunya aku untuk bertemu dengannya dan pelbagai nukilan lain setiap kali menjelang hari bapa. Jangankan kata orang yang membaca pun menangis, aku yang menulis pun berjejesan airmata.

Di ambang ‘3 series’ aku mula menelan pahitnya hidup, membiasakan seksanya naluri kusut dan membunuh jiwa retak yang selalu ada. Ini semua prahara yang akan berganti dengan warna pelangi akhirnya. Lebih baik memikirkan yang indah dan mengecap indahnya dunia selagi hayat ada. Dari berhiba-hiba aku memikirkan apa yang aku tak buat lebih baik mengingat apa yang aku dah buat dan apa yang bakal aku buat.

  • Abah meninggal sebulan lepas aku habis Semester 6 di UiTM Shah Alam.  Aku sempat menyatakan hasrat utk terus sambung Master lepas buat Ijazah. Tapi hasrat itu terbengkalai sebab lepas abah meninggal aku terus kerja untuk membantu mama dan adik-adik. Jika ada rezeki, aku akan teruskan niat itu sedikit masa nanti, insyaallah.
  • Tahun 2004, asalnya aku bercadang menamatkan zaman bujang tahun itu. Tapi disebabkan ada beberapa hutang keluarga yang belum langsai, aku menggunakan kesemua simpanan utk menjelaskan hutang sejak tahun 1998 itu lagi. Semua ahli keluarga lega..Aku terutamanya sebab aku jatuh tahap benci pada pakcik pemiutang. Menjelaskan hutang itu sebelum dia mati adalah azam terbesar aku tahun tersebutt
  • Adik beradik arwah berebut harta. Aku buat satu pengorbanan yg sangat besar yang menyebabkan aku ‘melanggan’ 15 tahun dengan Bank Rakyat. Hasilnya semua ahli keluarga aku gembira kembali. Kami tidak lagi mempunyai kampung dan hilang saudara-mara termasuk adik abah yang satu emak dan satu bapa dengannya. Kami mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mereka dan semoga duit yg mereka dapat berbaloi dengan hubungan kekeluargaan yang mereka juga keruhkan. Dalam kes yang sama, dapat aku simpulkan sebebal-bebal manusia boleh pandai matematik kalau belajar menggunakan duit. Kertas pembahagian yang mereka usulkan masih mama gantung diruang tamu rumah sepaya kami adik-beradik mendapat pengajaran sepanjang zaman.
  • Kami sekeluarga berjaya menyelesaikan upah haji arwah abah dan itu adalah detik berharga buat semua. Aku juga berjaya mengucapkan selamat babai kepada PTPTN kerana hutang aku dengan pemiutang itu langsai sama sekali.
  • Atap rumah yang nak rebah telah aku gantikan dengan awning yang cantik menawan. Insyaallah 20 tahun tak payah berganti.
  • Aku nak bahagiakan semua ahli keluarga..doa-doakanlah jika ada rezeki lebih.

Jadi hari ini Hari Bapa..Jauh dilubuk hati aku rindukan dia. Al-fatehah…

Batu nesan yg punya ceritanya tersendiri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *