Kenapa?

Kenapalah, kalau diuji kadang bertimpa-timpa? Lepas satu, satu terjadi dan bakal jadi. Tapi aku percaya setiap kali adanya dugaan seperti itu, Tuhan akan memberi kurniaan lain yang setimpal dengan ujian yang diberi.

Aku dapat message menerusi Facebook tentang kisah sahabat lama yang aku sayangi, yang telah meninggal beberapa tahun lalu. Aku cuma tahu dari mulut-mulut orang, bukan dari saudara-mara atau adik beradik dia akan kisah kemalangan yang meragut nyawanya. Dia memang istimewa di hati aku…Kami berkongsi tarikh lahir, perangai yang sama dan kami berhubungan secara jarak-jauh – tanpa gagal! Jadi, Leen (sepupu arwah) menceritakan serba sedikit apa yang terjadi…

(Sebelum menerima email Leen, aku meyakinkan diri arwah sebenarnya masih ada..walaupun aku tahu cerita ini dari kawan-kawan lain..)

Setelah membaca email Leen, aku terbingung seketika. Macam jelas riak wajah dia di mata aku..Aku sedih, tapi airmata aku tahan sebab kalau aku menangis macam mana hebat pun tak merubah apa-apa.. Jauh disudut hati aku masih mengingati dia sebagai seorang insan yang istimewa. Sampaikan kalau aku dan Hadi lalu di depan rumahnya, akan aku ulang kisah yang sama berkali-kali..

****
Meeting bersama boss baru….Aku puas hati meluahkan apa yang rasa. Walaupun ada yang terasa dengan kenyataan aku, berdasarkan tepukan yang aku terima aku yakin ramai yang mahu bercakap soal yang sama. Tapi kerana sebab tertentu niat itu dibatalkan. Sementelah aku yang jiwa kusut dan panas mengambil kesempatan untuk meluahkan apa yang tersimpan.

Yang aku sakit hati, ada yang macam cuba menjaga pundak seolah-olah tak kisah situasi itu jadi. Padahal kat belakang bukan main mengomel takde job…tapi bukan aku…sepatutnya aku. Cuma aku tak dapat bersuara bagi pengacara baru sebab aku berpegang konsep ‘kalau takde kena mengena dengan aku, aku tak layak cakap…’

****
Shu pulak mungkin bertukar angin….Lagilah aku tension. Habis meeting, aku bersembang ala kadar dengan jemaah mesyuarat. Terus aku turun bilik dan mengadap PC. Saat itulah aku baca email Leen.

Saat itu jugak Shu dan Ija menempel dimeja dan aku dah mula rasa emosi..Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Setiap kali aku jumpa kawan yang serasi, ia mesti tak lama. Ok, ada time-frame sebelum 2009, kira-kira sebulan lebih untuk kami spend time together sebelum takdir tentukan pengakhiran hubungan ini. Lepas tu? Apa jadi dengan aku??

Sedihnya…dan aku masih merindui sahabat yang menarik diri kerana tarian yang dihayun tidak lagi sekata dengan irama yang berkumandang..Setiap kali aku mendengar lagu Across The Universe aku berdoa agar ada cahaya untuk satu titik kemaafan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Replies to “Kenapa?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *