Kenapa Harus Peduli?

Dia selalu kata, “kenapa u kena fikir benda tu..lantakkan aje biarlah dia rasa.”

Masalahnya..secara semulajadi dan cara pembesaran menyebabkan aku berperasaan seumpama itu. Aku diajar memahami masalah orang dan menerima manusia seadanya. Membantu bila mereka memerlukan dan memberikan bahu untuk sandaran bila dalam kesusahan. Tak boleh buat apa dah…secara genetiknya pun aku mewarisi perangai arwah abah yang pada aku satu masa dahulu amat “menjengkelkan”. Tapi semakin umur meninjak dewasa, aku semakin faham masalah manusiawi dan masalah emosi.

Menjadi sebahagian daripada mereka menyebabkan kita gembira. Pun begitu, menjadi sebahagian mereka juga menyebabkan kita merana. Merana sebab terlalu banyak memberi tak tentu masa memerlukan kita akan merasa menerima. Kerana terbiasa, faktor menerima ini sudah lama aku tanam dan kuburkan. Lebih baik memberi dan terus memberi. Bukan kerana memberi itu lebih mulia. Tapi kerana memberi itu perilaku antara terbaik yang boleh aku serahkan.

Ada masa aku gembira bila ia dihargai..Banyak kali aku rasa terkilan dengan penerima. Tapi sebab di atas sangat jelas. Hidup bukan untuk diri sendiri dan kebahagiaan selalunya harus dikongsi.

Cukup sekadar menghargai aku dalam hati..aku tak tahu. Hanya kamu dan tuhan yang tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *