Kenapa Cukur 7 Kali?

ED yang tegap dan perkasa
ED yang tegap dan perkasa

Sebenarnya aku tak berapa arif hendak menyatakan mengapakah Eskandar Dzulkarnain dibotakkan sebanyak 7 kali. ‘Dengar kata, cukur 7 kali anak terhindar dari penyakit’. Bila aku tanya dengar dekat mana, errr..entah dan anu-anu sahaja jawapan yang diberikan.

Pada aku sendiri, budak kalau nak digondolkan biarlah masa dia kecil lagi. Jadi kita yang dewasa tidaklah terasa sayang sangat nak botakkan bila anak mula membesar.  Berbalik mengapa dibotakkan tujuh kali. Aku difahamkan orang-orang lama menyarankan begitu supaya anak lebih cerdik dan mendengar kata. Jenuh aku google nak temukan nas/dalil/siapa kata apa berhubung isu botak-membotak ini. Tapi yang aku temukan semuanya bersifat general sahaja.

Jadi aku putuskan dan fahamkan begini sahaja – untuk diri aku dan sesiapa yang mahu mempunyai pemahaman yang sama.

1. Bila dibotakkan, kepala anak lebih terhindar dari kerak-kerak kepala atau masalah berkaitan kepala. Aku percaya kepala anak perlu dijaga rapi sebab kalau kepala dia serabut, secara automatik dia sendiri akan serabut. Macam kita orang dewasa, kalau rasa rimas kita cenderung untuk memotong rambut.

2.  Kalau botakkan 7 kali, anak akan lebih bijak dan mendengar kata. Boleh jadi betul. Sebab kalau dibotakkan masa kecil dia tidaklah meronta sangat dan memberontak. Kerana itu disarankan cukur kepalanya semasa anak sedang menyusu atau tidur. Disebabkan ED sudah dibiasakan kepalanya dibotakkan, dia tidak meragam bila proses bercukur berlangsung. Aku tak berani nak botakkan sendiri. Pegang pisau cukur aje dah menggigil-gigil tangan. Belum lagi tengok ubun-ubun dia berdenyut-denyut. Lemah tempurung lutut ai..Jadi Tok Mama sahajalah yang menjadi tukang cukur. Lagipun dia handal melakukannya. Bila dah buat sekali, macam tak sabar-sabar pulak dia nak gondolkan kepada ED walaupun baru rambut halus-halus mula tumbuh.

3. Ini agak lawak, tapi itulah dia. Aku risau ED tak berambut sebenarnya. Masa dia lahir, rambut yang ada ala-ala manja gitu. Dia sebijik macam pelajar Shaolin dari Poh Chi Lam – botak depan. Dekat bahagian belakang sahaja ada rambut. Itupun tipis. Jadi dengan bercukur 7 kali, aku harap lambut dia akan lebat seperti bapanya juga.

Masa lahir rambut ED macam student Poh Chi Lam
Masa lahir rambut ED macam student Poh Chi Lam

Jadi, ED sudah 7 kali dibotakkan. Aku teringin melihat dia berambut panjang pula. Belah tengah, belah tepi ataupun dirapi pacak. Sesungguhnya aku sangat lega sebab sepanjang hampir 6 bulan ED lahir, dia belum pernah demam, selsema atau batuk dengan teruknya. Demam pun sipi-sipi sebab badan terkejut bila kena injection. Selsema pula tak lama, tak sampai sehari pun. Batuk pun belum. Semoga sepanjang dia membesar dijauhkan dari penyakit yang teruk dan diberi kekuatan pada badannya untuk melawan penyakit.

Mulai minggu depan, ED akan mula makan makanan pejal. Aku tak tahu nak sumbatkan apa padanya. Makanan dalam tin ada disarankan tapi aku risau kandungan dalam tu pulak. Buat sendiri lebih baik. Masalahnya nak buat apa? Nantilah lapang-lapang aku google. Kalau boleh aku mahu makanan yang bersifat macam susu badan yang dibekukan sahaja. Boleh buat banyak dan tahan lama. Masih berbalik soalan yang sama, nak buat apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *