KEMENANGAN MANIS YANG SELAMAT…

 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ini ada beberapa perkara yang manis terjadi dalam kehidupan Kak Benny, selepas 2 minggu murung dan mandom atas pelbagai perkara. Apapun nak bagitahu awal-awal – korang maybe rasa biasa-biasa aje sebab korang boleh buat macam itu berkurun-kurun lamanya. Well, cerita kita semua tak samakan dan semua orang ada timeline sendiri…Just be happy for me, please…

Mula-mula sekali – beg sandang hitam aku yang macam patut kena hukum tembak tu – aku dah tukar. Semoga korang tak sakit mata dah memandang beg baharu aku yang mampu milik aje kekdahnya. Asalkan boleh tahan lama, I’m okay with it. Memang sayang beg lama tu. Beg itupun pemberian orang tapi memang sudah sampai rukun tuhan. Sekian.

Kedua, handphone aku yang terkeluar dari paksi akibat dibaling Judin pun selamat masuk balik ke tempat asalnya tanpa bayaran. Semoga rezeki adik yang baiki handphone aku tadi sentiasa tidak putus-putus hendaknya.

Ketiga, kiriman tanda friendship oleh seorang sahabat berbeza bangunan. Terima kasih kerana belikan Ritters Stoberi tu. Kejap aja kekdahnya…lepas tu aku akan merayu pada sesiapa yang ke Langkawi untuk hadiahkan aku satu bar. Jadilah…buat lepas gian. Anyway, thank you sahabat…doa aku seperti kiriman what’s app tadi. So, siapa lagi nak pergi Langkawi ni?

Daaan terakhir….inilah kemenangan manis yang selamat terjadi dalam hidup aku yang selebet ni. Setelah 20 tahun, maka dengan rasminya aku sudah ada lesen P…

Jadi buat sahabat-sahabat yang penat bagi galakan dan nasihat pada aku, aku harap korang happy macam mana aku rasa happy.

Korang pun tahu betapa aku struggles dengan masalah anak-anak dan hendak ke tempat kerja sejak Judin bertukar sekolah baharu awal tahun lalu. Hidup aku tonggang-terbalik. Demi anak-anak, aku beranikan diri juga untuk berubah. Aku ni pentakut…yang tahu sahaja maklum betapa pentakutnya seorang aku ni.

Kadang-kadang aku segan dan malu dengan Hadi sebab terpaksa susahkan dia setiap hari untuk hantar aku ke LRT. Aku tahu, ada yang cakap itu tanggungjawab dia. Tak…aku bukan girlfriend dia yang akan biarkan dia buat semua benda. Kalau aku boleh buat sendiri, aku akan buat. Dulu ya, aku ada satu prinsip yang macam tu. Kalau yu sayang ai, yu berhantar berambiklah diri ai nan penakut ni. No more…aku berazam untuk berubah dan aku berubah.

Dan aku ambil masa yang lama untuk dapat lesen sebab harga yang aku dapat ini lebih rendah berbanding tempat lain. So, manusia ramai. Lama kena menunggu giliran. Disebabkan kewangan aku betul-betul tight, aku sabar walaupun kelas aku tu, nun kat kawasan Kampung Orang Asli Gombak nun. Tak apalah…slow and easy, one step at a time.

Ada sekali bulan April lepas masa aku ke Huahin, aku terpaksa ganti kelas dan kelas yang dia bagi adalah pada bulan Julai. Bapak penuh jadual diorang. Sampai aku tertanya-tanya, apahal jauh sangat ni dari tarikh sebenar? Tak apalah…mungkin tuhan susun sesuatu untuk aku.

Walaupun tidak berapa mahir, aku dijadualkan awal untuk pra-test JPJ dan terus dapat tarikh untuk test. Aku banyak berlatih dengan Axia yang adik aku gunakan sebagai Grab Car. Dan Ramadan lalu, aku tempah kereta yang paling ekonomik sekali untuk kegunaan aku ke pejabat dan mengambil anak-anak dari sekolah.

Test pertama aku gagal…paling sedih, masa ujian terakhir pulak tu. Ya, Allah…sumpah, ranap kejap perasaan aku. Aku terus daftar untuk mengulang dalam keadaan murung giler dan duit itulah sehelai yang tinggal. Kan aku cakap tempat aku belajar tu dekat kampung orang asli. Bas tak konsisten, grab car pun tak masuk. Aku jalan kaki dlm keadaan heart broken berkilometer jauhnya dan menitik-nitik air mata. Rasa useless gile. Mujur ada satu kakak naik motor tumpangkan aku sampai pekan dan aku naik teksi utk ke LRT.

Ingat tarikh ganti kelas sebab aku ke Huahin tu? Ha…, Tarikh itu adalah sehari sebelum mengulang test JPJ. Itulah yang tuhan susun untuk aku. Sehari itu, aku berlatih part yang aku gagal dan aku ingatkan balik apa benda yang patut aku buat.

Ingat tarikh ulang tahun anak syurga aku, Cahaya Balqis? Hari itulah aku dapat kereta yang aku tempah…tapi aku tak berani bawa sebab takde lesen. Jadi petang sehari sebelum test, Hadi dan anak-anak temankan aku memandu dalam satu kawasan rumah kedai dekat dengan rumah aku sampai senja. Itu kira persiapan paling akhir.

Alhamdulillah…lulus juga akhirnya. Tahu apa yang aku buat? Selepas beritahu pada manusia-manusia yang penting dalam hidup aku, orang ke 5 yang aku bagitahu ialah seorang kakak yang sama dengan aku dulu – kami dua-dua tak tahu bawa kereta. Aku ingat lagi aku text dia bgtahu aku memang niat nak share berita ini dengan dia, kalau aku lulus test JPJ.

Jadi….hari ini….pertama kali aku memandu ke pejabat. Perasaannya? Nervous giler, seram burn dan excited. Lebih menakutkan, minyak tu cukup untuk pergi aje, balik aku kena isi dulu. Memang Hadi kasihan tengok reaksi aku yang blur-blur lipas so dia temankan aku isi minyak dulu. Lari sikit bajet masa sebab aku gerak awal ke pejabat – sebelum lalat bangun. Kalau tak, jem kat BSP tu kategori nakharomjadoh. 5:45 pagi bertolak dari BSP. Mujur sampai sebelum 6:30 pagi. Takdelah aku beronot-ronot dengan kenderaan lain.

Ketakutan untuk memandu balik juga usai…berjaya! Amik anak juga berjaya…Semoga laluan hidup aku dan keluarga dilapangkan oleh yang kuasa.

Tapi yg paniknya tadi, aku lupa tutup lampu kereta. Serius aku lupa sebab selama ni aku memandu tengah terang-benderang. Sumpah panik sebab masa teringat tu, aku dekat luar pejabat. Mujur pacik Grab cakap dia hantar aku sampai depan kereta dan suruh aku start kereta, kot-kot bateri weak, dia ada jumper. Aku dah rasa kamjat giler babi.

Alhamdulillah…kereta ni keturunan kalau kau cabut kunci, dia akan auto padam semua. Ini memang lesson yg aku akan ingat selamanya. Jenuhlah aku kena tazkirah tadi atas kelalaian yang memang aku tidak sengajakan.

Jadi…
Kepada yang pernah tumpangkan aku baik dari BSP ke RTM atau RTM ke stesen LRT, terima kasih banyak-banyak. Saya sentiasa doakan agar kebaikan dan ihsan yang diberi akan mendapat seindah-indah balasan. Yang beri support masa saya murung teruk kerana gagal kali pertama, juga terima kasih buat kalian. Kepada yang bantu ambil di JPJ dan temankan beli beg, terima kasih

Kepada abang-abang dan Pacik-Pacik Grab yang memahami masalah saya, tidak berkira duit dan masa – terima kasih yang teramat. Nanti aku akan buat post pasal pengalaman aku naik Grab.

Sesungguhnya plat 3 angka yang aku dapat itu ketentuan ilahi jua adanya. Aku jatuh kagum dengan seorang adik yang mempunyai Mohd Solehuddin Shiro. Jadi, aku mahu seperti itu. Kerana semua ini adalah satu kemenangan manis yang selamat, maka pacuan itu digelar Mika Muzaffar Ahlan

Sekian.

#apabilakakbennymenulis
#changeisgood
#mikamuzaffarahlan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *