Kelemahan Psikoterapi

Artikel Kosmo hari ini berkenaan tajuk di atas menarik perhatian aku. Kata orang, kalau kita mempunyai tekanan perasaan, dapatkah khidmat kaunselor untuk meredakannya. Itu memang tahap tak mahu kawan-kawan tahu atau kawan-kawan yang ada semuanya tak boleh di harap.

Artikel itu sedikit sebanyak menyebut khidmat kaunseling atau terapi seharusnya meninggalkan sessi dengan perasaan positif dan lapang dada tetapi sebaliknya pada masa sama, ia juga boleh meninggalkan kesan trauma. Hmmm…bukankah sepatutnya selepas semuanya terhampur, kita akan berlapang dada? Pada aku, situasi ini cenderung terjadi sekiranya tekanan yang dihadapi adalah diakibatkan oleh trauma penderaan seksual, perpecahan rumahtangga atau trauma selepas kecelakaan jalanraya.

Apapun, aku pulangkan balik cara untuk mengatasinya kepada kaunselor yang mahukan pesakitnya ’opened-up’. Pandai parut itu dibuka, sepandai itulah juga untuk merawatnya. Kalau dapat rawat tanpa parut lagi bagus. Pesakit / mangsa dapat meneruskan kehidupan dengan selesa, berkeyakinan dan tabah.

Aku yakin, ramai yang pernah berjumpa dengan kaunselor menyesal atas tindakan ini. Satu, tiada penyelesaian. Dua, kerana terpaksa mengungkap dan mengingat kembali peristiwa yang menjahanamkan masa depan mereka dan ketiga, kesal kerana tiada kerahsiaan yang disimpan.Hal ini tak banyak berlaku pada pengamal kaunselor yang bertauliah..Tapi aku yakin kaunselor di sekolah memang tak boleh simpan rahsia. Walau apapun justifikasinya, aku tetap bersetuju kerahsiaan maklumat itu perlu dijaga. Pengalaman aku sendiri menyebabkan aku tak mungkin lagi berjumpa dengan mana-mana kaunselor. Mungkin sebab aku sendiri boleh agak skrip yang akan dilontarkan justeru lebih baik aku sendiri selesaikan apa juga masalah yang timbul. Bila ia melibatkan cerita yang berupaya menjahanamkan minda kita, kadang-kadang aku sendiri mohon dikurniakan kekuatan untuk menghadapinya. Setakat mencuba untuk membunuh diri itu, hanya kewarasan akal saja yang dapat membatasinya. Kalau tak, masakan kita dengan ada yang sanggup terjun bangunan untuk mengakhiri semua cerita sedih ini…

Kajian terbaru mendapati, beberapa jenis ubat mencegah tekanan berguna untuk kebanyakan pesakit yang mencari rawatan menerusi pelbagai bentuk psikoterapi atau disebut sebagai the talking cure. Bagaimanapun, artikel bertajuk When Therapy Causes Harm yang disiarkan dalam Journal Psychologist baru-baru ini mendedahkan, bahawa hampir 10 peratus individu menjadi lebih teruk selepas memulakan sesi kaunseling atau terapi. Kasihannya…aku amat maklum situasi mereka. Namun pada aku penggunaan ubat pencegah tekanan membuatkan keadaan bertambah kronik. Sakitnya bukan ambil Vicodin dan terus hilang…Golongan ini akan memandang seolah-olah dunia membenci mereka. Dengan menyibukkan diri dengan aktiviti harian dan bercampur dengan golongan yang betul sahaja mampu mengubah kecanduan ini. Aku laluinya selepas menduduki SPM, 10 tahun lalu. Asyik menelan apa juga pil yang kononnya boleh meredakan tekanan. Kesannya, emosi dan fizikal huru-hara!

Mungkin kita semua perlu memikirkan medium yang lain untuk melepaskan tekanan perasaan.
Hmmmmm……………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Reply to “Kelemahan Psikoterapi”

  1. maaf, saya secara tidak sengaja mampir ke blog anda dan membacanya….
    saya hanya ingin share kepada mbak, kelihatannya mbak sharing permasalahan mbak kepada orang yang salah….. konselor sekolah kemampuannya berbeda dengan psikolog. bagaimana kalau saya menyarankan kepada adik untuk menemui psikolog? saya yakin setelah anda bertemu dengan psikolog, pandangan anda akan psikoterapi berubah….. keep smile and don`t give up
    thx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *