Kebebasan Bersuara?


Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Statement tu hanya applicable pada zaman dahulu kala membawa ke zaman lewat 80-an. Apa yang relevan sekarang hanya mata pena lebih tajam dari mata pedang. Cuma kalau boleh di modenkan menjadi – tekan papan kekunci berpada,pada, silap tekan memakan diri. Tapi pastilah akan ditolak awal-awal oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebab ia dikeluarkan oleh Baini Khairi yang bukan berstatus Sasterawan Negara!

Penulis blog yang agak terkenal jugalah dikalangan blogger seperti aku, Raja Petra Kamaruddin hari ini bersama 3 defenden lain diperintah membayar RM 7 juta kepada Tan Sri Nordin Kardi dan UUM atas kenyataan yang dibuat dalam laman Suara Keadilan. Apa benda bijik butirnya, aku tak pasti. Tapi kalau tak silap penulis menuduh Tan Sri Nordin menciplak idean beliau. Oh, satu kenyataan yang sangat sentap oleh seorang cendakiawan dan juga pakar ilmuwan. Jatuh kredibiliti dan jati diri sekiranya menciplak/menyadur sesuatu maklumat dan claim itu adalah milik saya.

Kerana itu, ramai yang mempertikaikan kebebasan media dan kebebasan bersuara di Malaysia. Kalau bebas bersuara, kenapa mesti ada akta? Kenapa harus kena saman dan kenapa – kenapa – kenapa itu akan meluncur laju dari mulut-mulut yang tidak puas hati. Aku sendiri kadang-kadang tak tahu nak tulis apa dalam laman ini. Nanti tulis pasal si polan dan si polan, kena saman. Tulis pasal hubungan istana dan kerajaan juga aku elakkan sebab aku sendiri tidak berapa arif. Daripada membodohkan diri, baik pilih topik lain yang lebih santai dan membina.

Manusia memang suka bebas. Tiada halangan, tiada sekatan. Dalam agama sendiri ada halangan dan pantang larangnya yang menjadikan kita tidak bebas sebenarnya..Kita hanya ada kebebasan yang terkawal! Dan pada hemat aku yang tak cerdik ini kebebasan terkawal itulah sebenarnya yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Mungkin tak sampai pada khalayak kerana sistem penyampaian yang kurang berkesan, mungkin. Ataupun kita cuba percaya apa yang kita mahu percaya.

Malaysia ini satu negara yang unik dan lain dari yang lain. Dan kerana kelainan itu, kita sering nampak satu perbezaan, bukannya satu persamaan. Menjadikan media satu medium melontarkan apa saja pada aku samalah seperti api dalam sekam. Lama-lama marak dan api bila dah marak, memakan apa saja termasuk nyawa manusia. Jadi kebebasan terkawal inilah yang diharapkan dapat mengelakkan insiden yang tidak diingini. Lagipun kalau bebas sangat menulis / bercakap, khalayak dikaburi dengan cerita dongeng, fitnah, tuduhan dan frasa lain yang membawa maksud yang sama. Sudahnya, jadilah seperti penulis di atas.

Aku sendiri dambakan kebebasan. Sedari zaman remaja emosi aku direntap-rentap apabila terlalu banyak ‘don’t’ yang digariskan oleh mama dan abah. Itu tak boleh, ini tak boleh sampaikan aku rasa nak memberontak aje. Kan seronok kalau dapat jadi layang-layang…bebas untuk terbang tinggi mencapai awan. Tapi aku lupa, setinggi mana pun layang-layang itu terbang, pengendalinya akan menggulung kembali ia mencecah tanah. Lebih buruk, layang-layang terputus tali dan mengharapkan ehsan graviti dan angin untuk turun ke bumi. Itupun kalau tak sangkut ke pokok. Jadi bebas dan terkawal lebih mulia daripada bebas kemudian terbabas. Eh, ada yang mengerti atau hanya aku saja? Hmmmmmmmmmm…………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *