KARMA OR KIFARAH?

 

Bila terasa dizalimi dan disakiti atas sesuatu yang bukan salah aku, aku hanya mampu bersabar, moved on, menangis (yup…ini kerap) dan berdoa agar kebenaran akan terbukti. Tidak lupa aku berharap tuhan akan balas balik semua itu. Kalau bernasib baik, aku akan dapat tengok dan selalunya….aku bernasib baik!

Semua ini makan masa. Tidak pernah aku alami semalam kena aniaya, esok malaun tu pula mendapat balasan. Kesabaran itu adrenalin yang tak dapat aku jelaskan bagaimana.

Selalu aku akan anggukkan kepala sahaja bila si polan maklumkan si polan polan telah something-something dan kini dia something-something. Paling tidak aku akan cakap “balasan dia barangkali…”. Kemudian aku tutup cerita.

Tapi bagaimana kalau balasan yang kau tunggu itu tiba, tetapi hati kau ada rasa belas yang bukan calang sedikit atas musibah yang jadi padanya. Padahal kehidupan kau pernah ranap disebabkan manusia itu?

Sebahagian dari diri aku rasa itu adalah balasan dari tuhan tapi sebahagian besar lagi masih rasa simpati dan empati. Untuk kembali seperti dahulu adalah sesuatu yang dicegah oleh semua pihak yang tahu.

Aku doakan semuanya dipermudahkan semula oleh tuhan yang kuasa. Atas apa yang aku lalu disebabkan dia, biarlah semuanya jadi kenangan sahaja. Melupakan adalah perkara yang tidak mungkin aku buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *