Kakitangan Kerajaan Wajib Hisap Rokok?


Membaca Kosmo hari ini mengitu mengujakan. Keratan ini antara lain mengarah kakitangan kerajaan di sebuah daerah di tengah China, Hong’an, Hubei menghisap rokok bagi melariskan jualan hampir suku juta kotak rokok buatan tempatan. Jika tidak mereka akan di denda!

Antara sebab lain kakitangannya di arah menghisap rokok adalah untuk meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, ia bertujuan melariskan jenama rokok tempatan, Huanghelou yang menghadapi persaingan daripada rokok keluaran wilayah Hunan.

Info yang sama juga mengatakan China mempunyai 350 juta perokok dan sejuta orang meninggal kerana pelakuan ini.

Bayangkan kalau arahan yang sama dikenakan kepada kakitangan awam di Malaysia. Bertepuk-tangan perokok tegar seluruh Malaysia. Di sambut dengan senyuman menguntum pemilik hospital-hospital swasta yang bakal meriah dengan pesakit jantung, kerongkong, keguguran dan kaki. (Kaki? Aku tengok kat kotak rokok…)

Maka doktor-doktor hospital kerajaan pula menyumpah-seranah kerana asyik kerja 2 syif sehari melayan pesakit yang datang. Kalau take-5 sekejap di kata culas pula. Jangan ingat doktor pun mengamalkan gaya hidup sihat sebab kalau dah tahi rokok tu mengaku ajelah.

Dan jenama rokok tempatan yang cuba dipromosikan mungkin rokok daun dengan tajuk DAUNBORO, DAUNHILL, DAUNSTON, DAUNKENT ataupun BENDAUN. Maka penuh kesyukuran makcik-makcik di Pasar Payang yang menjual tembakau kerana mereka telah berjaya menembusi pasaran dunia – akhirnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Kakitangan Kerajaan Wajib Hisap Rokok?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *