Kak, Nak Beli Tudung?

Jawapan standard pada peniaga online yang sesuka kicap mengetagged aku cukup mudah. Tak kisahlah menjual tudung, produk kecantikan dan insurans.”Saya hanya mahu beli kalau awak jual anak dengan mercun aje. Yang lain saya tak mahu”.

Akhir-akhir ini aku sering disapa sang penjual tudung/shawl/hijab apa juga seangkatan dengannya. Aku manusia mahu yang mudah sebenarnya. Mudah dalam erti kata, sarung sahaja – siap! Tidak perlu langkah satu sampai sembilan, satu sampai lapan atau berlangkah-langkah. Takde kuasa dowh..

Secara jujur manalah aku reti nak membungkus kepala dengan pelbagai gerak kerja yang dinyatakan.

Pernah aku bertanya, Ya, habibi,adakah dengan tidak ‘in’gaya tudung yang saya kenakan membuatkan saya kurang wanita? “Tidak, sayangku…kamu berpakaianlah asalkan kamu selesa. Saya pun rimas dengan tudung lilit-litit ni. Kamu tetap cantik di mata, hati dan jiwaku..” (Penambahan dialog berlaku kerana aku suka exejeret kecintaan yang ada).

Maka pada suatu senja rembang tiba-tiba diri aku berada di satu kawasan jualan penghabisan stok tudung entah apa tajuknya di Seksyen 7. Murah-murah kata mereka yang pernah berbelanja di sana. Hmmm…murah korang dengan murah aku sangat subjektif.

Setiap laluan jualan aku lalui sepintas lalu. Pandang aje, pegang tidak. Bermacam-macam saiz dan beraneka corak. Cantiklah juga, tapi sekali lagi cantik aku dengan cantik orang sangat subjektif. Entah macam mana nak melilit-lilit rumit sangat nampaknya. Tidak cukup dengan poster langkah 1 sampai sembilan, ada pulak tayangan video. Aku perhati dari posisi sedia ada. Huh, tak membantu.

Aku cuba google pula cara-cara memakai shawl yang khabarnya mudah…mudah aje. Pendek kata semuanya mudahlah.

Langkah 1 - 10
Langkah 1 – 10

 

Errr…ok. Banyak sangat langkahnya. Aku konfius. Mungkin boleh kurangkan langkah.

Langkah 1 - 9
Langkah 1 – 9

 

Pun tak membantu. Aku cari lagi kalau ada yang lebih mudah.

Langkah 1 - 8
Langkah 1 – 8

 

Hmmm…masih banyak. Mari kurangkan lagi langkah yang ada.

Langkah 1 - 7
Langkah 1 – 7

 

Alahai, kak Benny memang tak reti la. Mari kurangkan lagi…

Langkah 1 - 6
Langkah 1 – 6

 

Kurangkan lagi…

Langkah 1 - 5
Langkah 1 – 5

 

Kurangkan lagi..

Langkah 1 - 4
Langkah 1 – 4

 

Dan lagi…

Langkah 1 - 3
Langkah 1 – 3

 

Ish…gini ajelah. Aku jenis yang sarung dan siap! Takde jarum peniti, takde keronsang 2 ke 3 unit dan bunga-bungaan segonggong di atasnya. Memang mudah. Kau boleh kata aku tak bergaya, neraka kau boleh kata aku pemalas. Nyatanya aku selesa 🙂

Simple dan tidak membahayakan anak tanpa jarum-jaruman.
Simple dan tidak membahayakan anak tanpa jarum-jaruman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *