Kak, Meh Beli Kain Pucci…

Dari dulu memang aku tak suka kena tagged untuk sebarang aktiviti jualan. Tak kisahlah menjual kuih raya ke, tudung ke apatah lagi ubat kurus. Eh, tak suka sangatlah. Kalu nak tagged, jual mercun atau anak aku okay..Tagged la.

Aku pun tak berapa nak gemar dengan penjual yang pushy. Aku fahamlah hendak mengubah ekonomi keluarga, minyak mahal, iPhone mampu beli dan lain-lain pernyataan. Kadang-kadang tu dah tolak cara baik pun macam tak reti nak give-up seller yang ada.

Seller : Kak tengok ni kak..murah aje. Kain Pucci nama dia. Murah lalalala…beli lalalala…boleh hutang lalalala suami akak mesti suka lalalalala….

Me : Takpelah, terima kasih..akak tak pakai kain-kain macam ni…

Seller : Alah kak, belilah…..nanti akak nampak lagi cantik lalalala…..Murah aje ni lalalala…beli satu try lalalala…boleh hutang lalalala suami akak mesti suka lalalalala….

Me : Takpelah, terima kasih…takde duit la..

Sebenarnya aku dah merengsa. Tapi dia macam enggan faham.

Seller : Takpe kak…boleh hutang….Murah aje ni lalalala…beli satu try lalalala…boleh hutang lalalala suami akak mesti suka lalalalala….

Itu ajelah skrip ulangan sampai aku naik menyampah.

Me : Kain Pucci ni, menyebutnya macam mana? bunyi C ke, bunyi K?

Seller : C kak..macam Gucci, Laci…Amiklah kak…amik satu pun ok dah..Murah aje ni lalalala…beli satu try lalalala…boleh hutang lalalala suami akak mesti suka lalalalala….

Me : Takpelah..dah banyak kali bagitau takpe…Sebelum kain Pucci kau ni bunyi huruf K, akak mintak diri dululah…

Ok bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *