Kak Benny Kau Kerja Macam Biasa

Pompuan ni kalau jenis tak apply make up, time salon tutup pun sikit tak terbekaslah. Silap-silap baru orang nampak aura 19 tu sebab selama ni perempuan yang diagungkan cantik-cantik faundaysyen segonggong belaka tu semua palsu…

Tapi demi keharmonian sejagat, aku harap Covid-19 ni segera berlalu. Biarlah roti gardenia penuh balik kat semua rak-rak roti. Biarlah semua boleh berjumpa dengan keluarga seperti biasa. Biarlah semua menjalani kehidupan yang biasa dilalui sebelum virus ini melanda dunia. Dan biarlah perempuan bedak setong memenuhi timeline dengan selfie pelbagai gaya lepas balik salon.

Dan aku tak kisah orang tak tahu baladewa yang aku hayak di ruang lingkup kerja sepanjang malapetaka ini menimpa dunia.

After all what matters is your happines and mental illness. Aku selalu cakap, buatlah apapun asal kau tak giler. Kalau ada yang terasa dengan posting-posting aku sebelum ini, percayalah aku bergurau aje. Aku pun takut macam korang juga. Tapi menakutkan diri aku hanya menyebabkan aku jadi paranoid atas semua perkara.

Aku tak mahu giler sebelum waktu. Aku harap korang pun macam tu…Sebab korang kena ingat, selain diri sendiri dan keluarga, kita bertanggungjawab pada semua kawan-kawan, tetangga, kucing dan anjing jalanan dan juga kakitangan yang berada bawah seliaan kita. So, jaga diri sendiri dulu…

Please all, be safe, stay safe. Aku selalu ulang ratib ini pada sesiapa sahaja. Kak Benny sayang korang kot…??
#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *