KAK BENNY DRIVE KE JB 2.0!

 

She says, we’ve got to hold on to what we’ve got
It doesn’t make a difference if we make it or not
We’ve got each other and that’s a lot for love
We’ll give it a shot…

Minggu lepas aku ke JB bersama anak-anak manakala Hadi ke Bali dengan geng The Sickos. Minggu ini, kami berjanji untuk habiskan cuti hujung minggu bersama anak-anak. Cadangan asal mahu ke Pantai Timur tetapi disebabkan harga penginapan semua seakan tidak mahu bersahabat, maka lokasi adalah bergantung kepada harga penginapan yang logik dan fasiliti yang boleh membuatkan anak-anak riang ria bercampur penat.

Godek punya godek, maka dapatlah penginapan yang aku harapkan dan lokasinya – Johor Bahru. Tak apalah…alang-alang adik aku masih di sana dapatlah kami berjumpa lagi. Jadi sejak Rabu minggu lepas hanya badan aje di KL…Jiwa raga aku sudah melayang ke JB. Hadi lebih mengada…separuh badan di JB dan separuh lagi di Bali.

Perjalanan dari Bandar Saujana Putra ke JB diselaputi dengan jerebu yang menjadikan jarak penglihatan agak terhad. Dah rasa macam duduk di kayangan…asap aje. Tapi setidaknya dikayangan ada bidadari dan ditemani alunan harp oleh bidadara jantan yang hensem macam sexy sitar player dalam klip video lagu Selena Gomez. Sepanjang perjalanan kami itu pula penuh dengan persahabatan enjin motor rempit sengkek dan rempit berduit yang memandu berjemaah secara Monster Inc dan lagu yang tak meransang pemanduan jauh dari stesen-stesen radio tempatan.

Ketika mendaftar masuk, aku diberitahu unit yang aku minta ditutup sementara kerana ada gangguan bekalan elektrik dan digantikan dengan unit lain, ditempat lain tapi milik ejen yang sama. Aku tak kisah sangat asalkan asas pemilihan bilik yang aku mahu ada. Alhamdulillah…semua okay walaupun bangunan itu masih belum siap sepenuhnya. Masih banyak pekerja-pekerja binaan bertungkus-lumus menyiapkan separuh tower lagi. Bagus korang…Tak macam penbinaan di satu premis yang tersohor. Dah tak nampak dah progres pembinaan bangunan sarang burung walit tu. Eh, korang pekerja dari mediasiti ke???

Habis aje loading barang, terjun tiruklah kami sekeluarga. Anak-anaklah yang paling gembira. Kami nak manja-manja bergesel pun tak dapat sangat sebab asyik memantau anak berdua mandi. Kolam tu infinity pool dan mengadap Legoland. Bila diorang berenang sampai hujung aku jadi nervous. Terpaksalah jadi macam keeper bola menampan anak-anak dari terus berenang ke hujung kolam.

 

Sepatutnya pemandangan dari pool itu indah menawan seolah-olah berada di alam fantasi. Tapi macam kena fogging aja suasananya. Mujur malam semalam hujan…jadi pagi tadi jelaslah ejaan Legoland dan cantiklah juga nak bergambar.

Insya Allah akan banyak lagi trip mengejut seperti ini. Asalkan anak-anak happy, aku akan usahakan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *