Kak Benny Ada Kebun

happy-holidays-wallpaper-photo1

Cuti Hari Raya Aidiladha telah pun berlalu. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ini aku tak ambil cuti langsung. Cuti yang berbaki aku simpan untuk satu percutian indah yang bakal terlaksana Oktober depan. Sabtu – Isnin, 3 hari cuti sudah cukup untuk berehat, balik kampung dan menguruskan rumah tangga.

Disebabkan masa kami memang sentiasanya tak cukup, Sabtu tengah hari baharu kami bertolak ke Melaka. Sebelum balik kampung, dekat 4 trip baju sempat aku basuh dan jemur. Cuma rumah sahaja tak sempat nak kemas sepenuhnya. Setakat tolak-tolak dan susun-susun sahaja dahulu.

Lebuh raya semua sesak, sesesak-sesaknya! Merah aje peta Google ketika kami meninjau keadaan trafik. Tak boleh jadi macam ni. “Kita ikut exit KLIA, ikut jalan dalamlah..lalu Port Dickson,” aku usulkan kepada Hadi. Tanpa bantahan dia setuju. Tak sampai 5 minit atas jalan raya, eh, bau apa yang tengik ni?

Si Ezzudin berak!

Budak-budak ni memang perangai kalau nak keluar rumah aje mesti ada yang akan melabur dalam perjalanan. Kami berhenti di Petronas Dengkil. Hadi uruskan Ezzudin sementara aku melayan Eskandar dalam kereta. Cuaca sangat panas. Mujur bekalan air untuk anak-anak sudah aku siapkan, siap berlebih lagi mana tahu ada yang nak minum macam naga.

Sudah berapa kali kalau berjalan jauh, aku terpaksa duduk dibelakang. Puncanya, kalau aku duduk depan si Eskandar pun mesti nak duduk dengan aku. Jadi satu kerusi anak di depan, seorang budak mesti kena ikat. Hari itu, Eskandar yang kena ikat. Jadi hiburan DVD mestilah mengikut citarasa dia yang bukan lagi Barney, bukan juga Marsha and The Bear…tetapi sepasang binatang yang aku dan Hadi tak tahu apa bendanya – bernama Nico and Bianca. Aku memang tak faham cerita ni, tapi Eskandar sangat terhibur kalau kartun-kartun less dialogue ni. VCD ini aku beli di Tesco satunya sebab CD-CD lain habis calar-balar. Duanya sebab murah. Tak sangka pulak Eskandar sangat terhibur dengan cerita itu.

hqdefault

Balik ikut jalan dalam memang lancar, langsung tak sesak. Bila tempuh bandar tu, sangkut juga sekejap. Tapi tidaklah seazab bersusun-susun atas jalan. Kami boleh mengambil masa kami untuk sampai ke Melaka. Eskandar sudah mula suka melihat binatang. Jadi tugas aku mudah. Nampak lori lembu, “Eskandar itu lembu lembu lembu…” “Eskandar tengok tu burung burung burung..”Eskandar, nampak tu monkey monkey monkey..” Aku kena ulang semua binatang 3 kali. Bukan sebab dia, habit aku agaknya.

Kami sampai Melaka agak cepat juga walaupun ikut jalan dalam. Lebih kurang jam 4.30 petang selamat sampai di Tangga Batu Perdana. Antara perkara yang aku kena paksa diri aku buat balik Melaka kali ini ialah mengemas tanah pamah disekeliling rumah aku yang dah macam hutan rimba. Kali terakhir aku uruskannya ialah sebulan dahulu. Itu pun dekat belakang dapur aje… Misi Kak Benny ialah berkebun dan terus berkebun.

Kali terakhir kami upah orang, adalah hampir RM150 bayar pada tenaga kerja itu. Kemas belakang, bersihkan tanah dan buang sekali lebihan tanah yang ada. Kali ini aku nak buat sendiri. Bulan ini sesak sikit..tak mampu dah nak bayar orang.

Anak-anak aku tukarkan lampin, buatkan susu dan pasang Super Wings – dengan harapan mereka akan tidur depan TV. Paling tidak pun, duduk berdamai dengan tenang sesama sendiri sementara aku mengerjakan rumah luar dan beri ruang untuk Hadi berehat.p_20160910_170238

Aku uruskan tanah yang paling sikit dahulu. Bukan rumit sangat pun sebab boleh cabut-cabut aje rerumput yang ada. Masya Allah ulat gonggok merata! Terkejut-terkejut aku dibuatnya. Aku memanglah geli-geleman dengan ulat-ulat macam ini, termasuklah betina merengek-rengek ulat sampah yang berperangai sama. Kemudian baharulah aku teruskan ke ruang tanah L Shape yang menyebabkan aku jatuh cinta dengan rumah Semi D ini.

Tanaman-tanaman yang ada dirumah aku ini kesemuanya ditanam oleh mak mentua. Pak mentua aku pula sangat rajin membersihkan kawasan rumah ini – walaupun kami tidak suruh dan larang. Dah namanya pesara…apa sangat nak buat pun. Beraktiviti dirumah aku ini membuang peluh juga. Disebabkan kedua-duanya sedang menunaikan ibadah haji, makanya memang semak sikit kawasan luar rumah aku tu.

Lagi satu yang membuatkan aku bersungguh-sungguh nak membersihkan kawasan rumah ialah sebab aku takut ada ular sawa yang bersarang. Kawasan rumah ini dahulu ialah bekas tanah sawah yang sangatlah subur. Masa aku membersihkan rimbunan pokok bunga raya, aku sendiri sudah seram sejuk. Mana tahu tiba-tiba ada seekor main baa..baa..cak disebalik semak-samun tu.

Aku memang ada rencana. Aku mahu bersihkan kawasan ini, setidaknya bagi sejuk mata memandang. Dikawasan belakang rumah, aku mahu tanam tanaman  yang boleh dibuat bahan masakan macam daun kunyit, daun pandan, ulam raja dan lain-lain. Ulam raja yang Hadi campak-campak dahulu masih hidup, tapi disebabkan tidak dijaga, ia tidak begitu meriah berbanding 2 rumpun serai yang ada. Daun kari juga subur di situ. Cuma aku kecik hati sebab cili yang aku beli di Cameron Highlands tak menjadi langsung. Hadi cakap mungkin faktor cuaca.

p_20160911_095121

Dikeliling rumah yang memisahkan aku dengan jiran sebelah pula aku mahu tanam buah-buahan. Durian, rambutan, ciku dan buah-buahan lain yang tidaklah tinggi sangat kalau membesar. Aku mahu ada kebun sendiri. Kak Benny ada kebun ei ei o tajuknya…asalnya macam terfikir untuk beli gazebo, buat kolam kecil dan membela ikan. Tapi aku bukannya duduk bermastautin sepenuhnya di sini. Siapa nak uruskan. Mungkin jika aku berpindah ke sini dan berkerja di RTM Melaka, impian itu boleh dilaksanakan.

Tak sampai sejam lebih aku membanting tulang di luar, Hadi sudah menjerit panggil nama aku. “Tolonglah jaga anak-anak kejap..diorang tak nak tido. I nak lelap kejap pun jadilah…” Sedih sangat bunyinya. Aku berhenti sekejap dan membersihkan tangan. Esoklah sambung.

p_20160911_103645

p_20160911_103633

Aku mendapatkan anak-anak. Ya, mereka berdua sangat hiper. Kedua-duanya memanjat badan aku dan menunjukkan perangai masing-masing. Aku layankan sahaja..sambil cuba berkebun di tanah Farmville Country Escape pula 🙂

maxresdefault

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *