Kadang-kadang tu dah panjang berjela kita hantar mesej kat pihak satu lagi. Dia jawap “K” aje.. Seraya beraneka jenis perasaan yang datang. Tidaklah seperti simfoni. Tapi effect kilat petir guruh dan adik-beradik dia terus fade-in.
What the ‘K’?
‘K’ sebenarnya mengundang reaksi pelbagai tidak mengambil kira taraf pendidikan, bangsa, negara dan warna kereta.
Setiap kali dapat reply ‘K’ tu rasa macam nak berlari-lari mak bapak aje kat tepi pantai..sambil pegang shawl dan ala-ala iklan Hazeline Snow. Right? right? right?
WRONG!
Dia gurau begitu, kau gurau juga begitu. Dunia, alam percintaan, rama-rama dan leprechaun indah dengannya 🙂
Selepas itu kami pun berhuhuhu sama-sama…
