Jurukamera Bernama TV Maut Ditembak Di Somalia

Seorang lagi rakan media maut dalam bulan Syawal yang mulia ini..Takziah buat keluarga Abang Noramfaizul Mohd Nor. Marilah kita sedekahkan Al-fatehah buat arwah dan doakan keselamatan rakan media yang lain..Mereka pergi atas dasar misi kemanusiaan. Laporan dan rakaman mereka adalah bahan berita dan bahan sejarah. Janganlah dipertikai dan dipolitikkan!

**************

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor maut setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia Jumaat malam.

Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul, 41, bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 Sept ini.

— BERNAMA

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *