Aku menantikan 10 Julai dengan rasa berdebar-debar dengan perasaan yang bercampur-baur. Serba-serbi menggelisah aje bila mana aku kena menunggu sesuatu hari keputusan itu akan keluar.
Sebenarnya Julai tahun ini ialah bulan menanti…aku menunggu 4 keputusan besar yang akan dikeluarkan dalam bulan ini.
Oleh itu faham-faham ajelah kalau angin barat daya tu kencang aje tiupannya. Makan tak lena, tidur tak basah dan pakai baju pun terlabik.
Bulan ini aku kena buat keputusan yang sangat besar untuk kelangsungan sejagat. Hidup tanpa kabel ini mengajar aku banyak menelan air liur dari menjamu rakan-rakan. Apapun aku redha menanti keputusan dan kalau aku gagal – aku akan cuba dan cuba lagi.
Apapun aku tersangat eksaited menunggu pertengahan Julai yang mana aku dan Hadi akan ke Kota Kinabau dan jajahan terdekat untuk sessi meluaskan pemandangan dan menikmati indahnya negeri Sabah. Kalau boleh ke sana dengan jalan darat, rasanya tiap-tiap bulan aku ke sana. Tapi apakan daya..


I wish u all the best sayang. tak sabar nak ke Sabah ni 🙂
Tqs..if i get it i will buy pretty things for you 🙂
Survey la mana nak pergi…
ina cadangkan korg ke tanjung simpang mengayau (tips of borneo) kt kudat! ina paling suka tempat ni… nk tau cantik ke tak.. tgk gmbr kt fb ina ok?? hehehe
ok,nanti kami pergi sana..so far takde plan colah mana nak merayau…