Josh Groban & The Office

Ed Helm dan Josh Groban

Josh Groban dikhabarkan akan berlakon dalam drama The Office untuk musim ke-9, drama bersiri paling lama terbitan NBC. Dia akan memegang watak sebagai adik kepada Andy Bernard, lakonan Ed Helm.

10 tahun lalu, Josh Groban pernah muncul dalam drama Ally McBeal dan pernah juga menjadi bintang jemputan dalam Glee. Baru-baru ini dia sempat berlakon dalam filem Crazy, Stupid, Love bersama Steve Carrel yang merupakan pelakon utama The Office. Nampak gayanya mamat bekas ahli kelab Mickey Mouse nie lebih cenderung berlakon dari menyanyi.

Aku kena update balik koleksi drama The Office. Musim terakhir yang aku ada ialah Season 6. Drama ini seronok dilayan masa otak tengah kusut. Sekarang otak aku tak kusut, jadi lama lagilah aku DVD ini akan menunggu di rak yang berdebu.

Lepas nie aku kena selongkar CD Josh Groban yang lama…ephipany sangat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *