Jonathan Pryce

download

JP1

 

 

 

 

Filem musikal Evita diterbitkan pada tahun 1996. Ia dibintangi oleh Madonna (Eva Durte/Eva Peron), Jonathan Pryce (Juan Peron), Antonio Banderas (Che) dan penampilan khas Andrea Corr daripada kumpulan The Corrs (Juan’s Mistress). Filem yang menelan belanja sebanyak $55juta ini berjaya mengutip $141juta seluruh dunia.

Ini adalah filem pertama yang aku tengok sebanyak 2 kali di pawagam. Aku memang peminat Madonna, tapi tidaklah minat yang melampau. Rasanya faktor pendorong aku kembali ke pawagam ialah lagu I’d Be Surprisingly Good For You yang dinyanyikan oleh Madonna dan Jonathan Pryce sendiri. Selain daripada itu, lagu Another Suitcase in Another Hall juga tak berhenti bermain di kepala sejak pertama kali aku menonton Evita.

Madonna..siapa tak kenal. Tidak perlu dikisahkan siapa dan apa dirinya. Tapi bagaimana pula dengan Jonathan Pryce?

JP

Dia dominan dalam ingatan aku menerusi filem Pirates of the Caribbean sebagai Governor Swann, ayah kepada Elizebeth Swann lakonan Keira Knightley. Selain itu,  Jonathan Pryce turut berlakon sebagai High Sparrow dalam drama terbitan HBO, Game of Thrones. Sayangnya watak itu telah selamat dimatikan dalam finale episode baru-baru ini.

Untuk info lanjut tentang Jonathan Pryce, boleh baca di sini.

Sebenarnya, Jonathan Pryce banyak mengingatkan aku pada Alan Rickman. Kedua-dua pelakon ini berkarisma selain boleh menyanyi dengan baik. Kedua-duanya mempunyai stail percakapan yang unik selain masih berlakon walaupun makin dimakan usia.

414712-alan-rickman
Alan Rickman

Terbaharu, Jonathan Pryce akan berlakon dalam drama The Merchant of Venice, yang akan mula bersiaran pada 14 Ogos ini. USA Today sendiri meletakkan taraf beliau sebagai man in demand. Dahsyat juga untuk pelakon berusia bernama Jonathan Pryce ini..

jonathanphoebepryce-xlarge

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *