Januari Yang Sendu, Februari Masih Misteri


Sayang sungguh Januari 2009 bermula dengan mala-petaka yang menyusahkan jiwa raga aku selama sebulan. Mujur aku tidak lagi buat program yang berpotensi membuatkan aku mati sebelum waktu. Mujur juga masih ada harapan untuk aku mulakan Februari dengan azam baru.

Januari tahun ini sungguh kejam…Hari yang aku lalui tak seindah Januari bertahun-tahun yang lalu. Tidak banyak ketawa ria, hanya sendu dan sayu hati yang di sagat-sagat. Percutian di Langkawi seminggu lalu setidaknya membawa aku jauh dari masalah duniawi buat sementara. Ya, aku menyambut ulangtahun ke-28 di sana. Dalam hati, aku bercampur-baur perasaan yang ada..Yang pasti, aku hanya ada aku – deal with it, insyaallah i’ll be fine.

Aku ingat azam yang aku catat sebulan lalu. Satu daripadanya hampir pasti menjadi kenyataan menjelang Mac. Way to go…banyak lagi perlu aku kejar dan aku akan sedaya upaya memastikan apa yang aku catat bukan omongan kosong azam-berazam semata-mata.

Januari tidak indah…Februari jangan begitu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *