RSS

JAHANAMNYA SEBUAH TELEFON KAK BENNY

October 29

Agak down sebulan lebih ini. Telefon yang dibaiki sebab terjatuh di Pangong Lake mulai menampakkan tanda-tanda Alzheimer. Spacing tak lekat, typing pun sama. Dah macam takde hala tuju kalau menaip.

Nak beli yang baharu, bukannya murah. Kalau ada yang logik harga, kapasiti dan keperluan pula tak seiring. Untuk sementara waktu, pakai sahajalah walaupun hati bagai dirincih.

Cari handphone bukannya mudah. Pencarian itu tak ubah seperti mencari calon kekasih hati, tadika untuk anak dan mencari rumah. Banyak faktor kena tengok.

Aku agak down akhir-akhir ini sebab masalah ini menyebabkan aku takde kekuatan untuk menulis. Aku bukannya ada masa bukak PC kalau dirumah. Rasa macam otak dipasung ? Cerita banyak, tapi takde medium untuk dihambur. Takkan nak menulis di pejabat. Aku banyak benda lain nak kena buat.

Semoga tuhan permudahkan laluan hidup aku. Baru ingat nak spend beli yang baharu, eh ada surat saman cukai taksiran pula sampai di Melaka. Haih sangat..?

Aku rindu Blackberry. Keypad mudah, tahan lasak dan anggun. Tapi harganya macam hendak membunuh. Takpelah…mungkin ada rezeki. Kena fikir benda lain yang lebih mendesak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on October 29, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar