Izwan..

7 tahun aku kenal dia. Semuanya bermula bila aku masuk kerja di RTM tahun 2004, di Unit HEA. Dia menjadi pengacara rancangan ‘Katakan..’ terbitan unit itu. Mula-mula selisih kosong,setakat pandang dan balas senyum. Lama-lama mula bersembang dan mengarut bersama. Lagi pula dia memang produk RTM. Kelibat dia sentiasa ada di unit aku atau Hiburan.

Setiap kali bersembang atau “melepak” bersama,penuh dengan ketawa. Dia seorang yang bersahaja..Kata-kata yang disusun membuat ketawa berhambur. Kadang-kadang agak kasar. Tapi memandangkan itu sessi mengarut,tidak pernah pula aku simpan dalam hati.

Zaman bujang dahulu, kerap kami berbalas SMS. Sembang kosong,tanya khabar dan bila nak lepak. Aku ingat lagi masa aku beritahu dia aku akan berkahwin. Dia terkejut besar.
“Kau biar betul..kasar-kasar macam nie pun ada boifren ke?”
Ketawa berderai..Dia mengenakan aku secukupnya.
“So,aku macam mana..sampainya hatimu..” Dia mula mengarut menyanyi lagu Spring dan aku melayan gilanya.

“Kau lambat sangat..aku letih menunggu..” kata aku.

Durasi kami melepak tak lama..Tapi kerap. Kadang-kadang di luar pintu bilik pakaian, di tangga, mana saja asal terjumpa. Kalau berselisih bila kala aku sedang sibuk,mulalah dia menyakat aku sombonglah..lupa kawan dll.

Bulan lepas,sekitar jam 12 malam,aku melepak di Syed Bistro,Bangsar dgn Farah. Aku langsung tak perasan dia ada di situ dengan beberapa rakannya. Bila aku perasan dia ada di situ, aku terus ke meja tempat dia melepak dan seperti biasa aku kena selak. Kami bersembang pasal RTM, kenapa dia lama tak nampak aku di sana dan beberapa hal sensitif lain. Dia baru tahu aku sambung belajar dan cuti 2 tahun. Aku tak berlama-lama sebab makanan yang aku pesan dah sampai.

****

Semalam,adik aku Ameera telefon dan bertanya kesahihan berita betulkah dia telah pergi. Aku tengah tidur,keletihan selepas membuat assignment terakhir. Terus aku tersentak. Pantas aku buka FB dan Twitter. Penuh ucap takziah dan Al-fatehah untuk dia. Airmata aku mengalir dan aku tersedu-sedan seorang diri. Aku mahu ke Hospital Ampang tapi Hadi masih belum selesai urusan kerja.

Izwan..kau pergi pada tarikh aku menyambut hari lahir. Semalaman aku menangis..aku tak boleh tidur. Aku rasa hiba mengenangkan setiap kali tibanya tarikh ini nanti, tarikh inilah kau dijemput Tuhan..

Tenanglah di sana sahabat. Aku pasti merindukan kau. Aku harap ini hanya mimpi tapi itu tak akan merubah apa-apa..

***
Aku ambil masa sehari untuk menulis catatan ini,sebab aku tahu dari mana nak mula..Sejak semalam,setiap kali aku cuba untuk bercerita tentang dia,aku sudahnya mengalir airmata..Itu antara yang molek dapat aku catatkan.

Al-fatehah Khairil Izwan Pilus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Replies to “Izwan..”

  1. Moga dia tenang disana. Insyallah. Sedekahkan doa untuk dia, Baini. Allah lebih sayangkan dia. Sebak aku baca. Be strong k.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *