Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Satu kepuasan dalam menerbitkan siaran langsung ialah apabila program itu mempunyai nilai nasional yang tinggi dan menjadi tumpuan negara. Pasti bagi penerbit program sukan menerbitkan perasmian pembukaan sukan Olimpik (sbg contoh) atau bagi penerbit hiburan – peringkat akhir Konsert Akademi Fantasia /Anugerah Skrin / Anugerah Seri Angkasa merupakan idaman dan naya juga pada masa yang sama. Idaman sebab semua mata bertumpu ke situ dan kejayaan penerbitan bermakna kukuhlah nama penerbit sebagai penerbit program skala begitu. Naya sebab kalau ada sedikit silap, makanya sepanjang zaman jugalah ia akan dikenang dan menjadi pedoman untuk penerbit lain.

Busy time..

Aku paling bertuah kerana ketika umur belum/masih menjejak “3 Series” aku sudah 2 kali mendapat peluang menerbitkan siaran langsung Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sepanjang yang aku ingat, program skala sebegini layaknya penerbit senior sahaja yang terbitkan. Secara peribadi aku rasa aku sudah cukup senior untuk menerbitkan program sebegini sebab aku sudah 7 tahun jadi penerbit. Pendek cerita ijazah pendidikan pun aku ada, ijazah pengalaman pun aku ada = pakej lengkap.

Secara ringkas, aku menggunakan 5 unit kamera + 1 RF + JJ. 3 AP, seorang SA dan menggunakan khidmat Sayed Munawar sebagai pengacara. Beliau pengacara yang paling mudah berkerjasama dengan aku sebab beliau mempunyai kelas yang tersendiri. Cukup dengan menerangkan kepada beliau perjalanan program, bekalkan bahan dan running order dan rehearsal mengikut jadual. Setakat ini kolaborasi kami tidak menimbulkan masalah langsung (kecuali masalah iri-iri).. Aku hanya memberi input tambahan dan boleh tumpukan perhatian pada pergerakan kamera. Ok, ini satu benda yang penting. Walaupun hari-hari buat siaran, jangan terlalu yakin sebab setiap siaran berbeza. Mujur rehearsal 4 hari makanya aku boleh memperbaiki mana-mana yang cacat masa raptai. Sayed Munawar dipasangkan dengan Mejar Rais Esa untuk memastikan tiada kesalahan fakta, pergerakan atau istilah kerana kami bukannya ada asas tentera. Yang mana terlalu teknikal tu Mejar Rais akan memainkan peranannya.

Pengacara:Sayed Munawar dan Mejar Rais Esa

Siaran bermula jam 7.50 pagi – 9.00 pagi. Di sinilah nada-nada eksklusif yang ingin aku sampaikan.Hanya satu penyiar utama iaitu RTM dan stesyen TV lain akan ambil feed program dari kami. Jadi kalau tiba-tiba tengok ada siaran langsung serentak yang semua stesyen siarkan benda yang sama tidak semestinya stesyen yang anda tengok itu yang terbitkan. Pernah berlaku, penerbitan oleh TV3 dan feed diambil oleh RTM. Jadi di sinilah tekanan utama sang penerbit. Seboleh-boleh sifar kesilapan supaya tidak memalukan nama stesyen dan nama sendiri.

Kalau tak cekap, terlepas shot ini

Syukur..2 tahun berturut-turut aku terbitkan siaran langsung ini dan tidak ada masalah yang timbul. Satu yang pasti, siaran tahun 2011 lebih kemas berbanding 2011 sebab aku sentiasa preview siaran tahun terdahulu. Mana yang silap aku perbaiki dan aku hafal setiap pergerakan yang akan berlaku. Kalau ada kesempatan tahun depan aku nak buat lagi… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

2 thoughts on “Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *