Isteri Putus Kepala, Suami Hilang Tangan

Foto : Kosmo
Foto : Kosmo

Ini antara berita kemalangan yang menyedihkan bila dibaca dan mengerikan bila diingatkan. Berhati-hati semua..menjelang musim perayaan selalunya statistik kemalangan turut meningkat.

Hargai nyawa..

Artikel dipetik daripada Kosmo.


 

PORT DICKSON – Seorang ibu berusia 39 tahun menemui ajal dalam keadaan ngeri dengan kepalanya terputus selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mangsa bersama suaminya ketika menyertai konvoi sahur terbabas di Kilometer 14.2 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson semalam.

Dalam nahas pukul 4 pagi itu, Nor Azina Mohd. Ratki yang dipercayai tertidur secara tidak sengaja mengheret motosikal yang ditunggangi suaminya, Shamasrol Abu Bakar, 36, ke kiri lebuh raya menyebabkan leher wanita itu terseret di atas besi penghadang jalan sehingga kepalanya terputus.

Shamasrol yang cedera parah terputus tangan kiri selepas turut merempuh besi penghadang jalan tersebut.

Mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *