Induksi : Hari Kedua Yang Formalin!

image

Semalam aku tak boleh tidur. Bilik selesa walau tanpa televisyen. Badan rasa letih kerana jauh berjalan tapi itu tidak menjadikan aku lena awal di sini. Rasanya hampir jam 4 pagi baru aku lelap. Itupun aku paksakan juga dan berjaya.

Kesannya, jam bunyi pun aku tak sedar. Mujur lewat aku sedar jam 8 pagi. Tidaklah lewat sangat aku bersama rakan-rakan lain. Kalau induksi memang penuh dengan ceramah. Setidaknya ada beberapa topik menarik yang boleh dipertimbangkan untuk dibuat kajian khusus.

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan aku dapat kumpulan yang ke-4. Kamjat kejap tiba-tiba dilantik paksa oleh felo untuk menjadi ketua kumpulan. Dari 4 aktiviti, 3 daripadanya dimenangi oleh kami. Sohehlah dapat hamper kumpulan terbaik. Tapi itu tak penting. Yang penting ialah titik permulaan jalinan kekeluargaan antara kami semua. Jauh dihati aku sedih ramai rakan sekelas tak dapat hadir. Kalau tak memang lebih formalin hari yang aku lalui di sini.

image

Paling epik pastinya sessi karoke. Berapa banyak dosa menggelak dan ulasan selari. Nak-nak dapat kaki yang satu aliran. Tersedak asap di situ jugak!

Aku dapat sijil penghargaan tapi aki kecil hati bagi pihak sahabat aku yang lebih layak tapi namanya tercicir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *