Induksi : Akhirnya Ais Pecah Jua

image

Hari terakhir induksi…Masih gagal aku tidur awal kerana menyiapkan slide pembentangan. Ya, aku ketua kumpulan yang baik melakukan semua itu sebab esok semuanya gigih nak ikut buku bangun awal pagi untuk berjogging. Aku lebih gembira mengukur katil…

Sekitar 4 pagi barulah aku terasa mengantuk kerana durasi beberapa jam sebelum itu dipenuhi gejolak hati yang menghiba. Rasa rindu pada yang tiada menyebabkan aku sedikit tewas. Yup, aku kalah dengan emosi..Aku tak boleh berseorangan kala malam. Ia tidak pernah berjaya 🙁

Seawal 8.30 pagi aku sudah bersedia di dewan untuk sessi LDK terakhir. Setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing. Kumpulan aku tetap semangat volunteer untuk menjadi pembentang pertama. Semuanya lega dengan slide simple yang aku buat…Syukur!

Keadaan dewan yang sejuk mengigit tulang menyebabkan aku lebih gemar bertapa diluar dewan. Nyatanya di situ lebih mudah mendekati sesama sendiri. Aku bertukar-tukar cerita dengan junior yang bertanya. Inilah sebenarnya yang lebih membuatkan ais mudah cair. Tidak perlu aktiviti lazim modul BTN untuk mendekatkan tapi itu pendapat aku sahaja.

Selepas sessi bergambar dan makan barulah kami semua balik. Alunan irama padang pasir yang pada mulanya membuatkan aku bersungguh-sungguh menahan ketawa, kemudian ia seolah menjadi aneh dan selebihnya macam telinga kena dera. Bukannya apa, episod membahan karoke malam semalam masih berlarutan di WhatsApp dan komen Kimi dan Zhafrie memang formalin! Apa dah ulasan lagu dangdut dengan lirik putih susu dan mandi basah, videoklip mencium rollerskate dan aksi Di Hentian Ini yang kalau aku tulis, mau aku tegelak soeorang diri. Aku harus redha dengan seleksi Pak Mat kerana aku menumpang cuma..

Aku gembira bilakala ada sms dikirim oleh junior mohon ia tidak berakhir di situ. Tidak mungkin…Kalian sebahagian keluarga aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *