Imbasan 2016

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi. Sebelum melangkah ke tahun baharu, ada baiknya aku mengenang kembali catatan-catatan terdahulu sepanjang 2016 untuk aku jadikan kenangan menutup tahun 2016 ini.

  • Baharu sahaja masuk tahun baharu, aku sudah kena serangan asma yang agak teruk. Tak pasal-pasal ambil gas di klinik dalam Sunway Piramid. Masalahnya masa kena tu ada beberapa hari sahaja sebelum aku terbang ke Pattaya. Tak mahulah berjalan dalam keadaan tak fit

  • Selepas 3 tahun tidak bercuti ke luar negara, awal tahun 2016 aku mulakan dengan bercuti ke Pattaya sempena ulang tahun kelahiran aku yang ke-35.

  • Setiap tahun, setiap kali drama Game of Thrones bermula aku akan sakitย hati dengan seekor mentibang. Disebabkan mengkarung itu, Hadi tutup Facebook for good dan aku mintak menjelasan dari manatee itu. Penutupnya, cipan itu block aku dari FB dia dan hubungan aku dengan Hadi baik kembali. Jadi kepada seladang jelmaan itu, kau pergi Hold The Door tu belah sana jangan menyemak dekat sini!

  • Aku pergi Konsert Selena Gomez ๐Ÿ™‚ Pergi untuk beli lanyard dan cenderamata sahaja…konsert tak tengok pun hehehe…

  • Eskandar menyambut ulang tahun kelahiran ke-3 dengan mencederakan keknya dengan tangan manakala Ezzudin menyambut ulang tahun kelahiran ke-2 dan mencederakan keknya dengan kaki…

  • Hadi buat surprise dan bawa aku makan malam di Heli Longe Bar. Aku sangat hargai sebab kami jarang ada masa berdua-duaan dan hubungan banyak betul turun naik tahun ini. Bukan sebab apapun, faktor masa dan tenaga.

  • Kembara solo pertama ke Yogyakarta…Kalau ada rezeki, aku akan buat lagi tahun 2017 nanti ke satu lokasi yang belum dikenalpasti.

  • Tahun ini aku menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 dan kami raikan detik itu di Pulau Rebak, Langkawi. Ia merupakan percutian paling mewah pernah aku rasakan kerana bilik aku di upgrade oleh pihak hotel dan aku merasa duduk dalam bilik yang berharga lebih kurang RM1500 semalam…Rezeki kami agaknya tu.

  • Tahun ini, ada 3 orang yang sudah lebih 10 tahun aku tak berhubungan berjaya dijejak kasihkan. Yang seorang tu, sejak habis PMR langsung tak jumpa, hanya berutus surat sahaja. Seorang lagi ada dalam FB aku manakala seorang lagi katanya terlalu tua untuk main FB. Alahainya… ๐Ÿ™‚

Apa juga yang telah berlaku, pasti semuanya ada sebab yang tersendiri. Yang baik aku simpan dan kenang, yang tak baik aku cuba lupakan perlahan-lahan. Dalam pada masa yang sama, aku masih berusaha untuk memperbaiki diri dan menjadi manusia yang lebih penyabar. Itu sangat penting..sebab selalunya kalau aku hilang sabar, aku cenderung jadi hijau. Itu sangat hodoh dan bodoh.

Yang utama, aku kena jaga hati aku dahulu, baharulah aku boleh jaga hati orang. Hahahaha..itu bohong belaka. Seperti biasa aku akan menjadi penebat kepada semua manusia disekeliling dan cuba membahagiakan semua manusia yang logik selagi aku mampu. Itu memang dalam diri…nak ubah macam mana pun tak tahulah. Macam pensyarah aku pernah cakap dahulu, empati awak sangat kuat ๐Ÿ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

2 thoughts on “Imbasan 2016”

  1. mudah-mudahan 2017 lebih baik dari tahun sebelumnya.

    Salam..kalau ada masa bole contact-mengcontact sebab kita pun penerbit juga tapi di universiti. pasti job scope berbeza, itu yang kita nak mintak info sikit, sharing session gitew..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *