I’m Back!

Macam yang aku pernah kata, mogok aku tak lama. Aku tak reti nak merajuk panjang berjela-jela. Abaikan saja apa yang dah jadi dan hidup mesti terus. Tu sebab kadang-kadang aku salahkan diri aku sendiri bila orang lain yang buat pasal aku pulak yang mengalah.

Punca hilang mogok?
Hmmm…aku jumpa satu lagu Slank yang selalu aku dengar kira-kira 4 tahun dulu. Tapi bukan dinyanyikan oleh Slank. Lagu itu dinyanyikan oleh Erie Suzan semasa Konsert Ekspresi Gemilang kalau aku tak silap.

Tajuknya – Ku Tak Bisa. Digubah semula oleh bro Jimmy Ali dan aku rasa itulah composition beliau paling syok aku layan.

Lepas dengar lagu tu terus aku feeling-feeling feel good….Bukan sebab lagu itu saja. Aku rasa bagus sebab aku cuba untuk mengubah kehidupan aku secara besar-besaran bermula seawalnya pertengahan Jun ini. Semoga berkat doa mama dan restu Al-Hadi aku akan berjaya melakukannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “I’m Back!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *