Iftar Di Pullman Putrajaya Lakeside

Aku sebenarnya memang suka berbuka puasa di hotel.Buffet Ramadhan memang berpotensi membuatkan manusia rambang mata dan tamak haloba. Takdelah sampai sawan aku memilih makanan sebab kapasiti perut pun bukannya boleh muatkan sebelanga lauk-pauk dalam satu sessi makan. Cukuplah merasa sikit-sikit apa yang terhidang dari membazir tak tentu hala. Tapi buffet pada aku seronok sebab banyak pilihan makanan yang semestinya unik, menarik dan paling penting, ia mempunyai tema.

Tema memainkan peranan yang penting dalam menentukan menu yang terhidang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Selasa lalu, terima kasih pada Areen dan Zaiman, aku dan Hadi berpeluang berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside. Ini kali pertama aku ke sana dan jujur cakap aku ibarat tenuk masuk Alamanda…Lanskap tempat ini sungguh cantik. Sementara menanti waktu berbuka kami sempat merayau-rayau disekeliling kawasan berhampiran sambil menanti matahari terbenam.

Berbalik pada tema, buffet di sini mengambil tema ‘Arabic’ di mana seorang Chef dari Dubai di datangkan khas membawa keunikan masakan arab selain pekerja-pekerja yang memakai pakaian ala-ala arab. Musik arab juga menjadi santapan telinga dan mulalah lawak-lawak belly dance dan Tiga Abdul menjadi bahan jenaka kami malam itu. Aku tak pasti nama-nama masakan yang ada tapi kebab, kambing bakar dan manisan-manisan dari negara timur tengah memang banyak di sini. Kalau tekak tak serasi, sate dan pelbagai lauk-pauk masakan melayu juga ada selain yong tau foo, mee goreng, goreng pisang, roti john dll.

Sate sangat sedap...

Kebetulan kawan aku semasa di UiTM, Zamri Zakariah juga berbuka puasa di situ dengan ahli keluarganya. Tak sempat pula aku bergambar dengan dia. Mana nak sempat..dari mula buka puasa sampai kesudah aku sibuk mencuba masakan yang ada. Waktu bertenang pun masih sempat makan ABC  dan Um Ali (puding roti arab).

Harga untuk berbuka di sini ialah RM100 (Dewasa) dan RM50 (kanak-kanak berusia 6-12 tahun). Untuk tempahan, pengunjung boleh menelefon Pullman Putrajaya Lakeside di 0388900000 ext 6812

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *