Idea Tersumbat..

Akhir-akhir ini banyak assignment kena buat. Walaupun takde la tergolong dalam kategori last minute,tapi last minute tu mesti merengsa jiwa nak semak balik apa yang dah dibuat..

Lagipun bulan Oktober ini begitu mencabar..banyak sgt petaka yang menimpa.Bulan ini cukup sedih..memang aku tak sabar nak tunggu 2012. Kalau betul kata Master,tahun depan pasti cemerlang..

Pokok pangkal kesedihan itu gagal untuk aku tulis.Setiap kali nak tulis,aku jatuh sedih..bila sedih,aku ambil keputusan untuk tak mahu ingatkan kesedihan itu balik..Tak apalah…rezeki dibumi tuhan ini luas,kata Kak Intan.

Entry ini agak bercelaru..sesuailah dgn posisi diri yang cuba mencari keseronokan menulis kembali. Insyaallah tak lama mekngot ini bersarang dikepala..Sementara ia hadir aku kena lalu dgn tenang dan waras.

Dah lama tak merasa duduk bergelak ketawa berdekah-dekah untuk benda yang sampah..Sekali-sekala bila moment itu hadir,terasa sedikit happy walaupun tak dapat rasa hari-hari. Nak buat macam mana..kesibukan memang memisahkan. Kadang-kadang aku cemburu dengan kesibukan yang membawa manusia melihat dunia..Aku dengki sebab aku tidak akan mengeluh kernanya..

Tunggu sajalah tahun depan..Mari membuka kalender dengan keindahan Cambodia..sangat tak sabar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

2 thoughts on “Idea Tersumbat..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *