I Stand Alone

 

Aku takde ramai kawan baik, tp aku dikelilingi ramai kawan yang baik-baik. Tak semua orang boleh terima kita, cara dan pembawakan diri. Ramai yang terpengaruh dengan persepsi dan terus melompat kepada keputusan. Tak apalah…aku selalu cakap “orang tak suka aku, akupun tak suka orang – simple!”

Ada masanya aku memerlukan orang untuk bercakap tentang sesuatu topik secara mendalam. Aku beruntung sebab suami aku sendiri seorang pendengar yang baik. Walaupun komentar dia cenderung pedih, tapi dia mendengar. Apa juga tajuk – termasuklah bila aku membebel-bebel ukelele aku bunyi dah tak sedap sebab dihentak anak-anak, apatah lagi mengomel tentang komposisi badan yang turun naik macam bursa saham.

Ada benda yang serius, aku tak cerita sangat pada dia terutama yang berpotensi membuatkan dia susah hati dan serabut. Dia pun sama. Dia punya lingkungan rakan-rakan yang sesuai untuk diceritakan masalah yang dia hadapi. Tapi aku ini isteri. Aku kenal dia sudah 19 tahun dan sedikit perubahan emosi, aku boleh agak kenapa. Seperti mana aku berfikir tidak mahu memberatkan dia dengan masalah aku, dia pun sama.

Bila aku berhadapan dengan konflik hidup dan kerjaya, aku tahu aku boleh percaya siapa. Begitu juga bila aku mula menukar horizon untuk mengubah masa depan, pun aku boleh cari seseorang yang credible untuk mendengar.

Cuma akhir-akhir ini aku tidak rasa diri aku lebih terbuka berbanding dulu. Mana boleh simpan, simpan ajelah. Manusia datang dan pergi macam LRT. Merenung masa silam hanya memberikan memori yang tidak manis dan menghampakan. Ada manusia yang aku sangat selesa untuk berbicara tentang apa juga benda, tertapi terlalu jauhlah pulak untuk berjumpa.

Ada yang sudi mendengar tetapi aku terlalu penat untuk mengulas.

Namun, setiap perbualan berat yang aku pernah dapat dengan pelbagai latar manusia tetap menjadi pengalaman yang amat berharga. Banyak manfaat perbualan itu mengubah corak hidup aku dari negatif kepada positif.

Aku mahu detik-detik itu lagi. Mungkin dengan orang yang sama, mungkin juga dengan orang yang lain. Kena sabar Benny…setiap orang ada set masalah dia sendiri. Dan menuntut masa mereka bukan semudah membancuh kopi segera.
#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *