Hujung Minggu..2

Masih cerita hujung minggu. Aku, dia dan kawan baik dia bersama pasangan telah menggagahkan diri menaiki Genting Highlands dengan kereta ‘rimau’ yang macam bapak ayam tu. Cadangnya nak tidur semalam di sana. Tapi bilik semua fully-booked. Ini gara-gara Anugerah Bintang Popular yang menyebabkan semua bilik habis di makan monyet.


Sejuk..panaskan badan
Say Cheese!
Jadinya kami mengambil keputusan berjengga-jengga sambil menyaksikan Thai Songkran Festival yang kebetulan diadakan di sana. Tidaklah terasa rugi kunjungan ke sini. Feeling-feeling nak mandi buih terpaksa dibatalkan sebab aku tak bawak pakaian ekstra. Tengok dan ambil bau sahajalah. Sepanjang karnival, mata aku meliar memerhatikan mana tahu ada kura-kura yang dijual. Dapat juga seekor – cukuplah untuk kenang-kenangan walaupun cinonet harganya RM 9. Gambar aku tak load sebab terasa malas ya amat. Juga aku dapat 2 pasang jam Color Bar dan Giormani.

Nak mandi buih…

Songkran Festival

Turun dari Genting, kami menebeng di Mines Shopping Center pula. Sempat juga tengok filem Fast and Furious 4. Tapi dia membuatkan aku terharu sepanjang malam…In fact sampai sekarang aku masih terasa dengan pemberian dia yang sangat berharga.

Untuk dia, tqs very much and i will always love you…Walaupun rabak hati pecah, kau cantum kembali dan kau pecahkan semula, aku terima semua ketentuan tuhan..

Suka sangat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Replies to “Hujung Minggu..2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *