HRC Putrajaya : Pasti, Mengapa Neraka Tidak?

Merchant_9760-hardrock_Hard_Rock_Cafe_Logo

Makanya tersenyum mekar sang usahawan dan marhaen bila dikhabarkan Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya. Umum tahu, Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara yang rata-rata penduduknya merupakan kakitangan awam – berhutang pinjaman kenderaan, rumah dan perbelanjaan asasi lain yang menyusutkan penyata gaji mereka bulan masuk dan bulan keluar. Mungkinkah kajian mendapati mereka cenderung ke Changkat Bukit Bintang untuk berlibur ria justeru perlu di realisasikan penubuhan HRC ke-5 di lokasi itu?

Jangan salah sangka…aku tidak bangkang idea bernas ini. Aku juga tidak menyokongnya. Apa yang aku dapat pun? Aku tidak pernah terhegeh-hegeh memesan fridge magnet, t-shirt, mug dan apa jua cenderamata jenama HRC. Jadi nyata atau tidak HRC ini tak ubah seperti satu gedung beli belah yang baru wujud – aku masuk kejap, ok boleh layan atau tidak dan kemudian ada kunjung balas atau senarai hitam. Semudah itu..

Jadi apa yang memungkinkan aku terus menjadi pengunjung tetap HRC? Kalau tidak saban malam mungkin saban minggu? Tentulah penawaran yang menarik jiwa naluri dan saraf yang merenyut-renyut membawa lahiriah aku ke HRC itu.

1. HRC Tanpa Alkohol – Tak kisah, sebab aku tak minum.

2. HRC Tanpa Live-band – Jadi aku kena duduk sini bersoreh-soreh macam tiada hari esok diiringi muzik gamelan ke? Orang datang sini nak layan ┬ámuzik. Kata nak tarik minat golongan muda.

Body Paint di HRC Bali. Putrajaya mampu?
Body Paint di HRC Bali. Putrajaya mampu?

3. HRC dan acara lain. Kalau di HRC Bali, mengecat badan ataupun body paint adalah satu tarikan untuk pengunjung melekat di situ. Live-band tetap ada. Jadi HRC Putrajaya nanti kalau nak harapkan pameran bunga flora-fauna bagai-bagai dalam tu, rentikan ajelah. Jauh sekali tiang-tiang kecil di atas pentas untuk menahan liuk-lentuk badan.

Jadi hiburan jenis mana yang nak diadakan untuk menarik pengunjung ke situ?

Oklah….sebagai penyejuk hati dan janji manis bolehlah digula-gulakan yang akan ada aktiviti bla bla bla utk menarik golongan muda – yang ideanya datang entah dari siapa yg tak muda mana pun – kalau anak muda dengar pun cakap ‘batak purba idea tu’

Akhir sekali, really kakitangan awam nak melepak di HRC Putrajaya? Yang mana kelibat anda diperhatikan oleh Judge Dredd jabatan? Yang mana kemudian bos anda masuk bilik dan slow talk ‘ada org nampak kamu berhibur di HRC semalam. Sy tak kisah, tp orang nampak’ seperti nasib Chegu Shaari bermain muzik di kelab malam?

4Ajudge-dredd-photo

Really HRC Putrajaya? Mengapa neraka tidak..

Kepada mereka yang ‘betul Datuk, gila babi bernas idea nie’

buluh runcing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *