Hitchhiking, Anyone?

memetic_hitchhiking

Jika anda mengembara ke luar negara, beranikah mengambil risiko menumpang kenderaan orang lain untuk ke sesuatu destinasi? Tidak kisahlah sama ada ia tindakan penjimatan atau peluang untuk mengenali orang tempatan. Persoalannya masih, beranikah anda memperjudikan keselamatan diri di tempat orang?

Begitu juga jika kenderaan anda ditahan oleh pelancong atau orang yang tidak dikenali, beranikah anda menumpangkannya? Tidak kisahlah sama ada dia akan membayar sebahagian kos pengangkutan atau anda sendiri mahu mendengar pengalaman dia mengembara? Persoalannya masih beranikah anda memperjudikan keselamatan diri (dan keluarga) dengan menumpangkan orang itu?

Dunia punya seribu satu cerita dan seribu satu pengalaman. Selain membaca pengalaman orang, mencari pengalaman sendiri itu lebih bermakna dan memberi impak diri sendiri dan orang lain, jika disebarkan. Itulah yang aku rasa bersandarkan pengalaman yang aku dan keluarga lalui Ahad lalu.

Cerita ini bermula dengan kisah nak pergi Cameron Higlands tapi tak jadi dalam catatan terdahulu. Sabtu lalu, kehidupan aku bermula seawal 7.00 pagi dan semuanya selesai aman damai dan tenteram. Anak-anak tidak meragam, rumah sudah siap kemas malah kain baju juga sudah siap berbasuh. Jadi bila Hadi tanya nak buat apa hari ini, aku terus cakap “dapat makan strawberi cicah cokelat dan bermalas-malasan pun best juga” tanpa membawa maksud bawaklah ai pergi Cameron Highlands sayang oi..

“Ok, yu siaplah. Kemas barang-barang. Mungkin kita lepak sehari di sana” kata Hadi dengan senyuman yang sangat manis. Mata aku pula sudah bersinar-sinar macam Dragon Ball.

Dipendekkan cerita, ia adalah satu percutian singkat yang menggembirakan semua pihak. Aku gembira ria sebab dapat strawberi RM10 bersalut cokelat dan sebungkus sweet potato. Anak-anak pula gembira ria berlari-lari di taman permainan Tanah Rata sampaikan Eskandar boleh bantai tido straight dari pukul 9.00 malam sampai 6.30 pagi tanpa terjaga. Ezzudin pulak 2 kali jatuh katil..itu memang tido mcm helikopter 🙂

Esoknya pukul 9.30 pagi, kami daftar keluar dari penginapan bilik keluarga berharga RM120 semalam dan terus ke Kea Farm. Hanya Hadi dan Eskandar keluar membeli-belah sementara aku dan Ezzudin melayan Super Wings dalam kereta. Kami balik ikut jalan ke Tapah.

Di sinilah kisahnya bermula..

Hitchhiking_e4c51a_2796392

Kereta kami ditahan oleh seorang pelancong backpacker. Mungkin kerana dia seorang diri dan pelancong luar negara, Hadi berhenti dan tanya dia mahu ke mana.

“Kuala Lumpur”

Ok get in…Dia duduk di belakang dengan Ezzudin. Sekali pandang mamat ni mukanya sebijik macam abang Danerys Targaryen, Visery Targaryen. Cuma dia pakai cermin mata dan ada jambang. Mungkin sebab dia nampak “bersih” maka kami tak kisah untuk menumpangkannya sementelah kami menuju ke destinasi yang sama.

Tapi jujur aku cakap, masa aku dah setuju untuk tumpangkan dia, mulalah dalam hati aku berkata, buatnya dia bawak dadah, naya kita.

Dia kemudian memperkenalkan dirinya. Namanya Julien, berumur 24 tahun dan bakal menjejak 25 tahun dalam beberapa bulan lagi. Julien berasal dari Perancis. Aku hampir pasti dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang traveler writer. Yang mengadanya, alang-alang Julien tu orang Perancis, aku pun mulalah speaking France barang 5-6 line sebab lama tak bercakap hehehe…Dia agak terkagum di situ sebab aku cakap aku belajar pun tak lama, tapi bolehlah setakat sembang basic.

1461a456a622e44d52e60627f6e8537a

Kami bersembang tentang macam-macam topik. Tentang bercuti ke negara luar, tentang politik, tentang sistem pendidikan dan tentang hitchiking. Menurut Julien, hitchhiking di negara Eropah lebih mencabar berbanding negara Asia. Orang Asia lebih membantu dan mesra berbanding orang Eropah. Apapun, nasib aje semua ni. Beggars can’t choose..

Perbualan dalam bahasa inggeris itu banyaknya antara Hadi dan Julien. Dalam masa yang sama, aku mula mengenali sisi lain Hadi yang aku tidak pernah nampak sebelum ini. Terasa betapa beruntungnya aku menjadi isteri dia 🙂

Masa kami bersembang pasal bercuti, memang aku terasa betapa aku rindukan saat-saat aku bercuti dengan Hadi sebelum kami mendapat cahaya mata.  7 tahun terasa pantas berlalu. Sebenarnya kami berdua memang perlukan masa untuk diri sendiri dan merapatkan hubungan aku dengan Hadi. Insyaallah..bulan November ini akan terlunas juga semua ini. Aku sangat rindukan pengalaman berada di negara orang, rindukan masakan Thailand yang asli dan juga suasana baharu yang bakal kami terokai.

Julien memang pengembara yang kental. Sebelum ke Malaysia, dia sudah 2 minggu berada di Siam Reap, Bangkok, Malaysia dan bakal ke Singapura, Indonesia dan negara-negara lain yang dia rasa dia mahu pergi. Tiada itenary, tiada kawan. Di mana dia rasa nak pergi, di situlah dia sampai. Kalau tak disebabkan kami membawa anak-anak, mahu sahaja aku dan Hadi bawa dia berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan menikmati keindahan malam di Bukit Bintang.

Dia kemudiannya kami turunkan di KLCC. Ucapan terima kasih sesungguhnya dilafazkan atas kesudian kami menumpangkannya. Hadi sempat menulis beberapa tempat menarik untuk dia pergi sepanjang berada di Kuala Lumpur. Sayangnya aku tak sempat untuk bergambar kenangan dengan Julien. Ezzudin muntah 2 kali dalam perjalanan balik. Pakaian aku agak tidak sesuai untuk bergambar kala itu.

Apa pun, aku harap Julien selamat sentiasa dalam pengembaraannya. Ingatlah pesanan Hadi, stay away from drugs 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *