Hidup Bukan Bahan Jenaka

Ada orang, suka menjadikan apa juga aspek kehidupan sebagai bahan jenaka. Pendeknya, tak mahu serius sangat dalam kehidupan sebab hidup kita tak lama. Jadi kita kena hargai setiap detik yang ada. Aku setuju part hargai setiap detik yang ada..Tapi bukan dengan jenaka dan komedi tak bertempat. Kadang-kadang orang yang tak serius ini lebih banyak menyakitkan hati dari menyenangkan jiwa.

Tolak cerita lawak tu bodoh atau tidak..Pada aku lawak tetap bersifat lawak. Cerdik bodoh lawak itu bergantung kepada panjang-pendek akal si pencerita itu. Dan dia kena kenal audience dulu baru dia tahu lawak tu kena atau tidak.

Perkahwinan bukan lawak jenaka…persahabatan pun bukan lawak jenaka. Melalui hidup dengan ayat-ayat bersifat loyar buruk dan tak semenggah sepanjang masa bukan mengeratkan hubungan, tapi menimbulkan rasa meluat dan benci yang melampau..

Macam mana ya…semua benda kelakar…Silap-silap kalau aku mati pun benda yang kelakar juga ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *