Heli Lounge Bar

img-20160913-wa0001

Entah kenapa pemanduan petang itu terarah ke bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin kerana ramai penghuninya bercuti panjang, maka jalan kosong dan lancar sahaja Alza putih itu membelah jalan, tanpa bersesak-sesak dan tanpa bantuan polis trafik.

Sekali-sekala ada juga kekebalan yang termuncul di depan mata. Kereta separa laju, dengan nonchalant pejalan kaki melintas jalan. Kalau kau tak kebal, kau pasti bebal.

Aku lapar. Sejak tengah hari tadi tak makan. Kantin dengan makanan hidup segan tak mati-mati dan kakak pengutip wang tanpa simpati yang sudah naik pangkat – ah, malaslah mengalirkan wang menjana ekomoni di sana. Biarlah aku kelaparan dan mengaruk sementara menanti waktu pejabat berakhir.

“Sebenarnya yu nak bawa ai makan kat mana ni?” aku memulakan perbualan hala tuju. Sebelumnya kami bersembang tentang lokasi untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 yang bakal menjelang 2 bulan lagi.

“Yu  tak mahukah ai bawa yu makan ke tempat yang misteri, yang memberikan kenangan manis, fine dining sebelah salmon dan segaris sos – penuh dengan elemen romantik meraikan kita berdua” begitu Hadi memberi jawapan. Aku terdiam sekejap sebab panjang sangat huraian yang diberi. Masih lokasinya aku masih samar.

“Yalah..tapi kat mana…?”

‘Entahlah, ai pun tak tahu…ai sebut aje…’ jawab Hadi, nonchalant jugak lagaknya.

Kemudian baharulah dia tanya aku nak makan apa dan nak makan dekat mana. Sebenarnya aku dah jatuh tahap nak makan aje petang itu. Aku tengok KFC pun dah sedap sangat rasanya. Disebabkan kami sudah menghala ke KL, Nasi Ayam Chee Meng mungkin menu yang sesuai untuk dipertimbangkan.

Tapi kereta tidak pula menuju ke situ. Makin lama makin tersasar pulak dengan lokasi cadangan aku tadi. Kemudian aku nampak Menara Ambank. Ah, sudah…konfem dia nak bawak aku makan kat Menara KL.

“Tak payahlah…kita patah balik, kita patah balik. Hari ini bukannya ada special occasion pun nak makan dekat sini. Yu, bawak i makan Nasi Ayam Chee Meng pun ai dah happy sangat-sangat dah”. Ish tengah-tengah bulan ni lain macam pulak tabiatnya. Aku hargai sangat bila Hadi cakap dia nak spend time berdua dengan aku, alang-alang anak-anak ada dengan mama. Lagi pula memang Hadi sangat berterima kasih aku menguruskan rumah dan anak-anak masa kami balik Melaka tempoh hari. Aku pulak tak sampai hati. Bulan ini kami banyak pakai duit. Ada beberapa edisi keperluan peribadi aku yang dia belanja, agak mahal juga tapi dia sudi bayarkan. Nak menambah makan malam mahal lagi, tidaklah…

Sudahnya kami menuju ke Bukit Bintang. Masalahnya, nak parking payah. “Lain kali sahajalah makan di sana, ya. Kita cari tempat lain..” kata Hadi. Aku menurut sahaja.

Tiba-tiba kereta dia terus masuk satu bangunan. Aku tak sempat baca bangunan apa, yang aku perasan ada INTI College di situ. Kami diminta parkir di B4. Kereta makin lama makin ke dalam. Aku dah mula rasa uneasy sikit. Akhir-akhir ini kalau tempat yang sempit dan pelik-pelik mulalah aku rasa macam tak cukup nafas.

Naik tangga, masuk lif. Keluar lif, naik lagi lif sampai tingkat yang paling akhir. Sebelum masuk, abang sekuriti berpakaian kemas dengan misai selentang memeriksa kami dahulu. Muka dia ganas, ditambah dengan misai macam tu. Dia meminta izin untuk memeriksa beg aku. Aku hulurlah dengan selamba. Bukan ada apa pun dalam tu. Jadi aku takde masalah sangat kalau abang sekuriti nak tengok isi perut beg itu.

“Akak bukak ajelah beg tu..Takde senjata ke, pistol ke kan..” dia cuma bersenda dalam serius.

Selesai semuanya, Hadi terus capai dan pimpin tangan aku ke dalam. “Inilah Heli Lounge Bar. I memang lama nak bawa yu ke sini,” kata Hadi. Selepas memesan minuman, dia bercerita pasal tempat ini. Aku difahamkan ada 5 tempat yang ada helipad di Kuala Lumpur, namun hanya di sini yang dibuka untuk orang ramai menikmati keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Apapun, kita kena pesan air dahulu sebelum dibenarkan naik ke atas. Air pulak yang paling murah dalam RM25 segelas kecil! Disebabkan keindahan malam di atas bangunan lebih priceless, aku anggap ajelah bayaran air itu meliputi kos nak naik atas bangunan.

img-20160913-wa0009

Kami bergambar seadanya atas tu. Penuh dengan pelancong. Selfie stick merata-rata menerawang sampai berpinar-pinar juga mata atas tu. Suasana senja dan malam di situ amat berbaloi. Subhanallah cantiknya. Kami tak pesan makanan pun. Padahal aku tengah lapar gila. Setakat bersembang dan ambil gambar.

Alang-alang di sini, Hadi ajak makan malam di Restoran Nomo, di aras yang sama kami memesan air. Apapun, aku nak tengok menu dan harga dahulu. Kalau mengarut sangat, makan tempat lain ajelah.

Well, takdelah merepek sangat harganya. Masih ok…dan alang-alang Hadi memang mahu mencuba makanan di sini, aku turutkan sahaja. Aku memesan Grilled Salmon dan Hadi mencuba Lamb Burger. Makanannya sedap dan tidak mengecewakan. Ditambah suasana malam yang romantik, kami menikmati kehidupan malam di sini seadanya. Kami bersembang tentang percutian, tentang keluarga dan hal-hal peribadi yang lain. Nampak sangat dia seronok bawa aku ke sini. Aku memang rasa terharu dengan layanan Hadi pada aku akhir-akhir ini.

img-20160913-wa0005

Kehidupan kami pun tidaklah seindah dan semeriah orang lain. Ada juga bumpy road. Tetapi mungkin cara kami yang semakin matang menguruskan bencana rumah tangga menjadikan isu yang ada tidak kekal lama. Dia tidaklah sempurna mana, aku pun sama. Pengurusan emosi memang sangat penting dalam menjalani kehidupan bersama-sama.

Jangan kata aku sudah selesa. Aku risau juga bila dia umur 40 nanti, bolehkah dia mengekalkan momentum perasaan yang sama. Ada 5 tahun lagi untuk aku temukan detik itu. Sementara rasa kasih sayang masih ada, hargailah masa-masa ini sepenuhnya.

img-20160913-wa0007

Masih harapan dalam hati, Hadi – jangan pernah berubah 🙂

Terima kasih atas makan malam yang indah, terima kasih atas pengorbanan yang kamu lakukan dan terima kasih menerima aku seperti ini. Me love you long time…!

img-20160913-wa0003

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

4 thoughts on “Heli Lounge Bar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *