Hari Yang Sia-Sia..

Ahad semalam terasa singkat..sangat singkat sampaikan aku rasa Sabtu berlalu dengan sia-sia. Tanpa pengisian, tanpa makna dan tanpa apa-apa. Yang ada hanyalah rasa benci yang menggila, dendam yang tak berkesudahan dan penyesalan kerana mengikat diri menjadi komited.

Ahad semalam ada suka. Aku membawa kakak dan Aisyah membeli baju raya. Jenuh berjalan sekitar Wangsa Maju, kesudahannya aku tersadai juga di Giant Taman Permata. Baju yang cunz giler tapi sedikit mahal, kali dengan 3… Ok la…semua puas hati.. Dan aku pun terasa puas hati sebab agenda membeli baju kurung/raya cantik hanyalah setahun sekali. Baju lain yang banyak dalam almari hanyalah T-Shirt percuma pemberian RTM dan juga cenderemata agensi-agensi yang menjadi tetamu rancangan aku. Ada la baju cantik satu dua..yang aku tak tahu bila nak pakai sebab tak kena dengan jiwa.

Agenda itu sepatutnya terisi pada Sabtu..supaya Ahadnya aku dapat merehatkan diri sepenuh masa sambil melayari internet..itu pun kalau modem tak kena rembat. Tapi Sabtu itu sungguh celaka…celaka amat sampai aku menyesali memilih apa yang aku ada..

Hidup ini penuh dengan penyesalan….Dan aku sangat letih untuk merancang semuanya sebab tanggungjawab itu membuatkan aku rebah dan mula bertanya pada alam. Kenapa pilihan yang aku buat memakan diri dan mengapa bunga yang disiram bertahun tidak berkembang seperti bunga dilaman orang? Mengapa buah yang di tanam bertahun-tahun tak kunjung masak dan kenapa otak sepatutnya cerminan pendita hanya setaraf budak sekolah menengah bawah?

Sesungguhnya, bukan kehilangan yang aku tangiskan. Bukan kebodohan yang aku marahkan. Statik di takuk yang sama, lari 400 m padang yang sama, umur 15 tahun, oh-banyak lagi! Mungkin sebab itu aku sudah tak sudi mendengar alunan Mp3 lagu yang sama dari komputer riba yang dibeli dengan duit claim outstation..

Aku pun tahu apa jawapan untuk apa yang aku alami..Buat tak reti dan menjadi pemerhati. Untuk sekian kali, aku berazam dan aku masih gagal menusuri paksi yang sama. Sebab apa?Kerana aku benci menanti artikek yang tak siap dengan pelan pembangunan. Aku benci menunggu dan merancang…..Sudahnya, aku design sendiri walaupun aku lulusan Penyiaran!!!!

Jangan tertanya kerana jawapan aku hanya diam. Jangan minta maaf kerana aku dah jelak!

Aku letih sebenarnya..dan masih terasa sakit di mana-mana. Terasa ingin pergi jauh…seorang diri. Di satu negara yang ramai kawan, ramai saudara..dan yang paling penting, mereka yang menghargai aku sebagai manusia…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *