Hari Terakhir 2011

Hari ini hari terakhir untuk tahun 2011. Tahun ini bukan tahun aku..Banyak cerita yang tak indah berlaku. Ada juga yang menarik dah indah untuk dikenang, tapi bilangan yang tak menarik itu lebih menguasai perkiraan..

Aku mulai menjadi manusia bersyukur dan percaya pada takdir tuhan. Tidaklah positif 100 % sebab bila dilanda musibah aku tertanya-tanya juga kenapa diri aku yang dipilih-Nya. Kerana itu aku melalui semua itu dengan kemampuan yang aku ada.

Terus terang,aku letih melayan karenah duniawi. Ia kadang kala buat kepercayaan aku goyah dan aku tak tahu nak berkiblatkan mana..aku hanya mahu percaya apa yang aku mahu dan melaluinya dengan aman. Aku mahu bersama bulatan yang tidak membebankan dan membantu aku saat aku goyah. Itu pencarian yang maha gagal..

Tapi itu buku lama..yang akan aku tutup beberapa jam lagi. Buku yang tidak akan aku lalui perjalanan yang sama,tapi sekali-sekala akan aku baca dan imbas untuk mengingatkan aku – dunia ini luas,cari indahnya dan abaikan celanya!

Untuk yang datang dalam dunia aku dan menjadikannya bermakna, semoga ianya abadi. Untuk yang pergi, biarkan berlalu.

Untuk aku dan Hadi,tahun depan kita akan melalui cabaran kehidupan yang hebat. Apa juga keputusannya, aku redha dan akan move on. Lepas tu kita travel, spend time together selagi hayat ada..

Untuk diri aku sendiri – cherish every moment. Life is too short.

Salam penutup 2011..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *