Hari Purba Kami….

Itulah…dalam setahun dua tu mesti ada satu hari yang semuanya serba-serbi tak kena. Subjek dan predikat tak selari dalam kata ilmiahnya. Hari itu jatuh pada Ahad lalu.

Serba-serbi tak melengkapi apa yang terjadi hari itu.

Dimulai dengan cokelat Van Houten menjadi Van Halen. Sendiri melawak, sendiri gelak. Tahniah, badak..

Van-Houten-bars

 

 

 

 

 

 

 

Pergi All IT nak beli pendrive 4GB. Buat apa besar-besar, takde apa sangat nak isi dalam tu sangkanya. Senyum abang yang menjual tu menjawab ‘saiz 4GB ni udah tak wujud kak…’ Paling kecil ada pun saiz 8GB. Menangis 8km kat situ.

  1. Nak tukar bateri jam jenama Fossil. Kalau hantar kedai kena tunggu 2 bulan, kalau nak cepat pergi sendiri kat Jalan Ampang. Dafuk?! Gila babi fosil punya sistem…

  1. Ada lembu, tapi takde tali. Situasi berlaku di kedai makan. Macam mana ni? “You mintaklah – Re, bawa api ke mari kat abang kedai tu….” Jilake lawak…Macam nak tersembur kuah laksa Sarawak dari celah hidung.

hqdefault

Konon-konon dah banyak minum gula nak minum air buah kat Juice Works. Sorang mintak Caribbean Cocktail sorang mintak Smooth Operator. Sedut sepancut, bertukar nak rasa kawan tu punya rasa apa. Caribbean Cocktail tu sumpah sedap, sebab aku memang stok order benda yang sama. Yang Smooth Operator tu – Me : Apa ni!? – Him : Campuran buah-buahlah? Me : Dengan Daging ke?? (Kalau korang tak tengok FRIENDS korang konfem tak faham. Ia lawak purba..)

friends1

footer_gfx1

  1. Oklah last. Red.fm putarkan lagu Dream On. Sambil layan, sambil tergolek kat katil dan sambil main handphone. Me : Lain giler suara Steve Tyler.

Him : Hah! Aerosmith ke?

Me : Ialah…you ingat siapa?

Him : Queen!?

steven-tyler-2Ok ai gelak lapan harakat. Tak cukup dengan itu ai membahan.

Me : Mick Jagger bukan kumpulan Queen tau…

Him : Dia group mana?

Me : Rolling Stones

mick-jagger-1995

Biasalah dah purba…kita tak tahu semua benda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *