Hari Pertama..

first-day-of-work_v2

Selamat melapor diri semalam. Sempat berjumpa beberapa rakan kerja yang sungguh lama tak bertemu. Maaf tak sempat bersembang panjang lebar. Bila kala kita kembali selepas satu percutian yang sangat panjang, ia seolah-olah bakal YB yang sedang cuba memancing undi. Kalau boleh semua orang nak kita jumpa walau sekadar berborak kecil. Tapi aku tidak seperti YB yang bila dah dapat undi memang jawabnya tunggu 5 tahun lagilah kita bersembang ya.

Pertama kali melapor diri mendaftar di unit baru aku terus dapat bilik berkerja dan kelengkapan komputer. Situasi ini sangat berbeza dibandingkan dengan pengalaman terdahulu. Setakat ini, rasanya tak sampai 10% rakan sekerja di situ yang aku kenal dan ingat.

Antara misi hari pertama ialah mencari tempat solat, pantri dan ruang sesuai untuk bersendiri. Misi itu kesemuanya berjaya.

Selain itu melakukan mesyuarat kelab GAY yang tertangguh 2 tahun. Sungguh lama tak bersembang-sembang riang seperti semalam.

Petang itu aku dan suami melepak makan di kantin. Sangatlah gagal nasi pataya di situ.

Keseluruhannya hari pertama ini seperti yang aku bayangkan. Sessi perkenalan dengan suasana dan menampal kembali persahabatan yang berlubang. Oh, memilih pakaian untuk hari pertama juga agak menduga. Maklumlah, sejak berubah imej ini pakaian-pakaian lama sudah tidak relevan lagi 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *