Hari-Hari Mandom Sang Pelajar :(

worth it

 

Nak tak nak aku gunakan juga baris pertama lagu rasmi AF. Tapi aku memetik tang ‘Bukan mudah…’ itu aje.

Sebabnya memang bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar sepenuh masa dan berkerja juga sepenuh masa. Aku bersilambam dengan masa dan kekangan-kekangan lain. Itu belum masuk tanggungjawab dalam hubungan kekeluargaan dan lurutan sosial duniawi yang kadangkala perlu dilampiaskan juga untuk menjadikan kita manusia yang mampu menseimbangkan tuntas kehendak dan keperluan. Lagi pula aku yang pilih jalan ini.

Tidaklah menyesali apa yang aku telah tetapkan untuk aku capai. Sesungguhnya tidak. Aku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi manusia bermatlamat hampir 6 tahun yang lepas. Aku bangga dengan pencapaian-pencapaian yang pada aku cukup tinggi (pada orang lain mungkin biasa-biasa sahaja) yang berjaya aku gariskan dari deretan senarai-senarai yang aku catatkan. Itu pun ada banyak lagi yang belum tercapai, yang aku sedaya upaya cuba untuk digariskan.. Berilah diri ini sedikit masa…tercapai juga satu hari nanti.

Tapi Isnin minggu lepas memang mandom. Aku mula mempersoalkan rasional aku buat semua ini. Kolokium yang memang itu sebenar-benar tujuannya membuat aku sentap dan menang wang besar. Komen-komen penilai buat aku rasa langit macam nak runtuh. Tapi aku tegak berdiri juga disebabkan aku perlu tahu kedudukan aku di mana. Aku memang wajar salahkan diri sendiri dengan pengurusan masa yang serupa gampang ini. Oh, itu pertama kali aku menangis dalam perjalanan aku selangkah ke alam PhD. Lantas aku nekad untuk menjadikan itu kali terakhir airmata duyung aku dibazirkan atas kekhilafan aku juga.

Semalam aku bertemu SV. Kami berbincang seadanya tentang matlamat dan hala tuju. Lepas itu baharu aku nampak sedikit cahaya, walaupun ia hanyalah cahaya matahari yang sedikit suram sebab bumi Shah Alam kemudiannya hujan lebat selepas pertemuan itu berakhir. Baharulah aku boleh bernafas lega. Yang penting tetapkan matlamat dan cuba capai. Dan bukan itu sahaja yang menjadikan minggu aku mandom sebenarnya….

Bersambung…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *