Hari Dadah Antarabangsa : Korang Kesah Ker?


(Dengan penuh rasa..)

Untuk makluman, pada tahun 1987 Perhimpunan Agung PBB bersetuju tarikh 26 Jun setiap tahun diisytihar sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Ia bertujuan untuk menyokong matlamat untuk mewujudkan masyarakat antarabangsa bebas dadah. Oleh itu, semua negara anggota PBB digalakkan mengadakan sambutan sebagai peringatan kepada kita agar bersama-sama memperbaharui azam dan tekad dalam usaha membanteras masalah dadah.

Atas di atas bukanlah karangan saya yang indah ayatnya sebaliknya adalah antara jawapan bertulis KP Agensi Antidadah Antarabangsa ketika beliau saya wawancara untuk dokumentari khas ‘Kerana Dadah’ yang akan disiarkan esok.

Persoalannya, korang kesah ke hari-hari hari apa selain hari raya, hari cuti dan hari-hari mau?

Mungkin kalau ada antara ahli keluarga terdekat yang terjebak jadi penagih barulah kita akan sibuk menggoogle itu ini apa dadah, syabu, ketamin dan ekstasi bagai.

Aku tak mahu menuding jari sebab-musabab penagih cenderung memilih pil eramin daripada keropok lekor kerana mereka seorang *tut*…..*tut*…dan *tut* lagi. Sebab aku sendiri ada potensi untuk menagih dadah sintetik sementalah badan aku pun takdelah sihat sangat macam Nobita Gawa. Tapi tak pula aku memilih untuk berlama-lama BENCINTA dengan Vicodaine, Paracetamol, dan kategori sintetik yang lain.

Aku berkesempatan mengadakan rakaman di sebuah Pusat Pemulihan dan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baru-baru ini. PUSPEN? Oh, kalau aku sebut pusat serenti tentu semua tahu. Eh, bila pulak jadinya PUSPEN ini. Aku rasa pihak berwajib perlu mengadakan pemberitahuan pertukaran nama ini dan sahabatku Cat, ini tugas anda yang mulia! 🙂 Kalau aku tak buat doku nie, sampai bila-bila aku akan sebut pusat serenti sebab PUSPEN tak mesra di telinga aku langsung.

Ada jawapan dikalangan pelatih – kenapa mereka sukar berhenti menagih? – yang membuatkan aku dan editor yang manja, Mizi tersenyum bersimpul-simpul malam semalam. Mizi jangan bosan he..he..he..

Jawapan mereka menuntut pemikiran kita yang tinggi sikit dari Bukit Angkasapuri untuk merungkai satu jawapan kepada persoalan – Adakah dadah akan berjaya dibasmi menjelang 2015?

p/s : Doku Khas – Kerana Dadah akan disiarkan pada hari Jumaat, 26 Jun 2009 jam 10.00 malam di TV1.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *