Hari 2 Yogyakarta : Yuk, Jalan!

2-ngayok3

Pagi ini aku bangun awal. Sebelum berangkat ke sini, Hadi sudah membantu aku menyiapkan itinerary untuk aku buat di sini. Kalau tak ikut semua pun, setidak-tidaknya aku boleh rancang apa nak buat di sini. Jujurnya sebelum ke sini aku langsung tidak punya masa untuk merancang dengan teliti. Lagi pula 2 hari sebelum aku ke sini aku diserang demam panas yang agak teruk. Yang aku tahu, aku mahu ke Borobudur sahaja. Yang lain-lain itu bonus.

Hotel ini ada menyediakan sarapan pagi. Aku memesan Sandwich Omelette Cheese dengan segelas Orange Juice. Konon-kononnya mahu mengurangkan pengambilan nasi di sini. Tetapi bau nasi goreng yang sedang dimasak betul-betul menggoda iman dan meruntun jiwa. Bau aje sudah enak banget, belum rasa lagi. Esok sahajalah aku memesan nasi goreng sebagai menu sarapan.

Sepanjang laluan gang, ada sahaja orang mempromosikan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ada yang menawarkan pakej wisata, sewa kenderaan dan lain-lain servis. Sempat aku disapa dan kemudian ditahan seorang agen yang menawarkan sewaan kereta. Untuk hari ini, aku selesa naik beca sahaja kerana aku bercadang untuk berjalan hanya sekitar kawasan Malioboro. Kalau ada masa, naik sahaja bas untuk ke Prambanan. Ini juga enggan aku kongsikan nama agen tersebut. Servis tidaklah cemerlang mana, tambahan pula langsung tidak membantu untuk mencadangkan lokasi untuk makan yang menarik. Pendek cerita, ambil sahaja khidmat agen lain yang bersepah-sepah. Itu akan aku ceritakan dalam post yang akan datang.

Ambil beca sangat mudah. Ada sahaja dipinggir-pinggir jalan sedia menanti. Disebabkan tubuh badan nan sihat ini, aku memilih juga beca mana aku nak naik. Kebanyakannya dibawa oleh warga tua yang kalau tengok pun macam datuk-datuk kita. Tak sampai hati aku nak suruh dia mengayuh, padahal dalam hati ingin sekali aku sepahkan rezeki untuknya hari itu. Lalu aku memilih seorang tua yang sedikit sihat untuk membawa aku berjalan-jalan di sini. Apapun, semua perkhidmatan boleh ditawar. Samalah juga dengan beca. Jika sudah bersetuju dengan kadar yang ditawarkan, naik sahaja. Mujurlah beca yang aku naik itu sebenarnya beca motor! Tidaklah rasa bersalah sangat membayangkan susuk tua itu mengayuh membawa aku membelah jalan raya di Kota Jogja.

2-ngayok4

Jadi lokasi pertama yang aku tuju ialah Karaton Ngayogyakarta, muzium yang menyimpan pelbagai koleksi milik Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat. Tiket masuk berharga Rp7,000 dan hanya untuk kawasan ini sahaja. Pas bergambar pula berharga Rp2,000. Jika mahu masuk ke Taman Sari yang terletak dihadapan keraton ini tiketnya berbeza. Lagi pula hari ini hari Jumaat. Kawasan Taman Sari tutup pukul 12.00 tengah hari. Setelah aku selongkar gambar-gambar blogger yang lain, well takdelah rasa rugi pun kalau tidak ke Taman Sari.

Apa yang ada di sini antaranya ialah balairung, ruang pameran pakaian, gambar-gambar Sultan dan lain-lain lagi. Aku tidak lama di sini. Kalau nak tahu kenapa, bolehlah bertanya jika berjumpa. Amat tak sesuai untuk ditulis. Pendekkan cerita, kalau tidak ke sini pun anda tak rugi apa-apa.

2-ngayog

2-ngayog2

2-ngayog-1

Aku berjanji dengan pakcik beca yang sama untuk pusing-pusing kota dan terus ke Prambanan. Tetapi aku kena tunggu dia solat Jumaat dahulu dan sementara itu aku lepak-lepak dahulu di kawasan ini, tidak jauh dari Keraton pun. Di sini ramai yang berjual-jualan.

2-nga-5

2-nga-6

2-nga-7

Oleh kerana hari panas, aku memesan cendol dan mencuba “Siomay”. Cendol di sini sama sahaja rasanya cuba ia lebih manis. Siomay pula rasanya ada macam yong tau foo sikit, macam pasembur juga ada. Tapi pedas oooi…memang orang-orang di sini tahan pedas rasanya. Oh, ada peria..itu aku tak makan.

2-nga-9

2-nga-10

Dalam satu post aku di Facebook pasal Yogyakarta, aku perasan Catherin Gindar ada komen pasal “Bakpia”. Aku sudah rasa bakpia dan sebenar-benarnya makanan itu tidak kena langsung dengan tekak aku. Maaf…aku sudah rasa bakpia yang segar dari ladang dan yang kejung berangin. Masih aku tidak gemarkan ia. Bakpia berbentuk 4 segi, dalamnya mempunyai inti dan kuih ini dibakar. Boleh tahan seminggu katanya. Mungkin jenama bakpia yang aku cuba ini bukanlah bakpia yang terbaik, mana tahu. Ini kerana kemudian-kemudiannya baharu aku diperkenalkan dengan jenama Bakpia 25 dan Bakpia Mutiara. Apapun, kalau sudah ada di sini, silalah beranikan diri, tekak dan perut mencuba makanan lokal.

bakpia-1

bakpia-2

bakpia-3

Untuk ke Prambanan, dengan menaiki beca motor mengambil masa lebih kurang sejam. Kalau naik kereta, mungkin cepat sikit tapi berdasarkan trafik hari itu, aku rasa logik lagi naik beca motor sebab aku seorang. Kalau kereta, sewa ke sana lebih kurang Rp300,000 juga kosnya. Aku sudah negotiate baik punya dengan pakcik beca ini. Dia bersama-sama aku sejak pukul 10.00 pagi dan akan menunggu aku selesai di Prambanan lebih kurang sampai petang. Kos hanya Rp160,000. Ok la tu…banyak jugak aku dah jimat.

bakpia-5

bakpia-4

Kalau anda bercadang ke Prambanan dan Borobudur, bolehlah dapatkan tiket kombo di dua lokasi di atas. Harganya Rp412,000 dan laku 2 hari dari tarikh pembelian. Prambanan tidak besar mana. Cukup 2 jam untuk meronda dan bergambar di sini. Sayangnya masa aku sampai hujan sangat lebat. Sampai berpeluh-peluh lensa kamera handphone aku dibuatnya. Punyalah ramai orang yang menjual payung, jadi aku belilah satu dengan harga Rp5,000 (sangkanya..).

Aku tak sempat naik candi. Aku rasa sama sahaja seperti di Angkor Wat, Siem Reap atau di Sanctuary of Truth, Pattaya. Candi Sewu pun aku tak sempat jejak sebab tempat ini hampir tutup. Kebetulan masa aku riang ria berjalan-jalan tu, kaki aku terpeleot disebabkan jalannya yang tidak sekata. Mujurlah tidak bengkak dan cedera teruk. Aku terhincut-hincut pun tak lama.

prambanan-1

prambanan-2

pramb-3

pramb-4

pramb-5

Hari mulai gelap. Baik balik sebelum malam menjelma. Ingatkan payung yang aku beli tu, aku punya. Rupanya sewa. Alahai…mujurlah aku sewa dengan harga Rp5,000. Awal-awal masuk tadi ada masuk makcik tu cakap harganya Rp10,000.

Pakcik beca masih setia menanti di pintu luar. Memang dia percaya betul pada aku, padahal aku tak bagi deposit apa-apa pun. Langsung aku mengajak dia balik ke Malioboro. Aku mengajak dia makan malam bersama dan dia kemudiannya membawa aku ke Warung Ibu Widodo untuk mencuba Nasi Gudeg. Melihatkan rupa paras Nasi Gudeg ini memang hampir batal niat aku mencubanya. Aku hanya minta nasi separuh sahaja. Bila sudah cuba, weh not bad at all! Aku boleh terima rasanya. Ayam itu sedikit gelap macam ayam masak kicap. Rasanya dimasak dengan herba-herba seperti membuat telur pindang. Ia kemudiannya dicampurkan dengan santan (macam kuah rendang aje pun, tapi dipanggil santan). Ok la..habis aku makan siap bertambah nasi 🙂

gudeg

gudeg2

gudeg3

Malam itu aku kembali ke hotel dengan badan yang sangat penat dan kenyang bentak. Selepas mandi dan membuat laporan kepada Hadi, aku langsung tidur. Esok hari yang panjang dan memenatkan. Aku kena bersedia fizikal dan mental untuk kembara seterusnya.

macet

macet-2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *