Happy Birthday My Lovely Husband…

 

1998473021842818562OvaT3y7c

Semalam adalah hari lahir Hadi. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini tiada hadiah yang dapat aku berikan pada dia. Aku agak sedih juga tentang itu. Nak buat macam mana…

Jadinya kami merancang untuk berbuka puasa di luar sahaja. Disebabkan dia pemilik kad Pinch of Salt, dia akan dapat rebat RM30 di restoran-restoran yang terpilih. Selalunya kami memilih untuk makan di TGIF. Tapi harga dah naik! Maksud aku luar biasa naik sampaikan aku cakap ‘lepas ni kita makan ditempat lain yang lebih reasonable harganya ya’ dengan perasaan yang sangat sedih dan airmata palsu 18km.

So, kami memilih untuk berbuka di Italiannies Pasta, Pizza and Vino. First time mencemar duli ke sini. Kami memang tak reti langsung makanan-makanan Itali ni. Jadi memang merujuk gambar pada menu sahaja untuk memesan makanan.

Hadi memilih jus kranberi dan aku pula jus mango. Boleh refill sampai lebam. Tapi kalau dapat habiskan 2 gelas kira handal dah tu. Sebabnya portion makanan di sini agak beza, jadi kenalah dengan harganya yang sebegitu.

For starters, Hadi pilih Spinach & Artichoke Formaggio. Sumpah sedap! Aku ni kalau dapat cheese yang banyak yummy dan berdosa kira sedaplah tu. Memang masuk dalam list repeat menu lepas ni, jika ada kunjungan lanjut.

IMG_20150714_191835

Untuk menu utama, kami berdua memilih house specials iaitu Sizzling Roasted Chicken dan Salmon Oreganato. Maaflah salmon takde gambar sebab itu menu Hadi. Sikit pun dia tak offer salmon tu kat aku.

Masa Sizzling Roasted Chicken tu sampai, aku termenung kejap. Gila babi besar portion dan dibawa dalam pan yang besar dan berat pulak tu. Aku agak skeptical sikit sebab rupa parasnya macam kuah taucu aje. Bila dah rasa – not bad at all…kena pulak dengan cheese ┬áSpinach & Artichoke Formaggio tu.

IMG_20150714_192331

Disebabkan hari ini hari lahir Hadi, dia dapat Raisin Bread Pudding secara percuma. Giler besar…sedap dan lembut. Tapi kami dah kenyang-kenyang bentak melantak sebelum tu, jadi kami bungkus aje puding roti tu. Tapi secara peribadi aku lebih suka puding roti di San Fancisco Pizza.

IMG_20150714_200840

Kami makan dengan agak tergesa-gesa kerana jam 8.30 malam kami sudah beli tiket untuk menonton Terminator Genisys.

Walaupun sambutan hari lahir dia, Hadi pulak yang belanja aku malam tu. Lepas tolak rebat hari lahir dan rebat yang ada dalam kad, dia hanya bayar RM80.00 sahaja. Jadi memanglah kalau nak repeat makan sini kena menabung dengan gigih dan atas tujuan keraian sahaja.

Terima kasih atas layanan kamu pada saya malam tadi. Selamat hari lahir sayang, me love you long time. Kalau ada rezeki akan datang, saya akan usahakan sambutan yang lain pula – yang lebih memori, yang lebih bermakna bersama-sama Eskandar dan Ezzudin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *