Happy Birthday, Mama!

i-love-you-being-my-best-friend-and-a-wonderful-mother-happy-birthday-mom

Happy Birthday, Mama!

Tarikh lahir Mama ialah pada 14 November. Tahun berapa, aku sendiri kadang-kadang ingat, kadang-kadang tidak. Mungkin 1953 atau 1954 macam itulah. Kalau aku tersilap tahun, aku tak salah tarikh dan begitulah sebaliknya. Tapi tahun ini memang aku sengal. Sudahlah aku terawal tarikh, aku langsung lupa tahun!

Tengok…bertuah punya anak!

12418814_10153556172594335_7606168172213084598_o

Aku paling awal wish mama. 13 Januari aku dah call dan ucap Happy Birthday! Bila mama cakap eh, hari ini 13 Januari baharulah aku sedar mama lahir 14 Januari…hahahaha 🙂

Tapi ada maaf di situ. Hari itu aku cuti kecemasan sebab semput. Semalam aku sudah masuk gas. Jadi selang 6 jam aku sentiasa makan ubat dan tidur. Itu menjadikan ingatan aku sangat dory. Mujur Mama faham..aku tak lupa sebenarnya, tapi tak ingat.

179807_101458026601688_6458827_n

Aku hanya sempat sambut dengan Mama pada 15 Januari di Restoran Maidah, Putra Heights. Aku belanja satu keluarga kecil yang mana ada makan malam. Kami raikan dengan ringkas sahaja. Kek pun sepotong dikongsi bersama. Yang penting Mama enjoy the food. Tempat pun selesa dan aman. Selalunya kami akan sambut bersama sebab birthday aku jatuh pada 20 Januari. Disebabkan minggu itu Mama akan ke Hatyai dan aku akan ke Pattaya, jadi sambut mana dan ajalah dulu.

Happy birthday, Mama…i love you so much 🙂

p/s: Aku baharu tersedar yang aku tak banyak bergambar dengan Mama rupanya…alahai

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *