Happy Birthday Eskandar Dzulkarnain!

IMG-20150707-WA003

Semalam, 7 Julai 2015 anak kami Eskandar Dzulkarnain sudah menginjak usia 2 tahun. Terasa pantas amat masa berlalu…Bila aku belek-belek kembali gambar lama, terasa pantas betul evolusi pembesaran sang Eskandar ini.

Tahun lepas, hari kelahiran Eskandar jatuh pada bulan puasa seperti tahun ini juga. Jadi soalan sama aku tanyakan pada Hadi, ‘you nak beli kek ke nak tiup lilin atas roti john aje?’

Selepas sesi beli tak beli, nak beli, beli kat mana ini selesai kami akhirnya mencapai keputusan untuk membeli sebiji kek 500 gram sahaja – tetapi mesti ada muka Barney seketul atas kek tu. Tahun lepas takpe, kek general sahaja sebab masa tu Eskandar pun tak kenal Barney lagi.

Kami ke kedai kek Pistachio berhampiran Giant Taman Permata. Sayangnya koleksi kek Barney tak banyak…Ada yang design krim, tetapi menyeramkan. Macam kepada cicak Randall dlm Monster Inc rupa parasnya. Jadi kami mahu cari sendiri dan What’sApp design yang kami mahu. Selesai bab kek…

IMG-20150707-WA004


Kami berbuka puasa malam itu dengan menu yang serba ringkas. Maikel dan Leeya kebetulan lapang dan sudi berbuka puasa dengan kami. Alang-alang tu bolehlah meramaikan umat menyambut birthday Eskandar. Tapi itulah…perut dah kenyang lepas berbuka puasa, jadi makan kek pun asal rasa aje.

Gambar pun tak ambil banyak mana. Masa balik rumah BSP dari Tmn Permata baru aku perasan, eh kita takde bergambar dengan dioranglah!


Apapun buat Eskandar Dzulkarnain Abd Hadi, Selamat Hari Lahir yang ke-2. Kasih sayang dan doa berpanjangan daripada mama dan abah bersama kamu selamanya.

IMG-20150707-WA005

p/s: Gigi kamu masa ni macam T-rex!

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *