Happy 9th Anniversary!

image

Alhamdulillah…18 November 2015 lalu genap 9 bulan usia perkahwinan kami. 9 tahun adalah satu jangka masa yang mencabar dalam meniti kehidupan sebagai isteri orang dan alhamdulillah ada rezeki menjadi mak orang pula. Hidup kami berputar 180°!

Sayangnya tahun ini pada tarikh itu kami tidak dapat meraikannya bersama. Hadi berkerja di luar kawasan bermula Isnin sehingga Khamis. Jumaat sehingga Ahad aku pula berkursus. Lebih sedih, ini adalah minggu ketiga berturut-turut aku berkursus pada hujung minggu. Minggu depan Mama akan menunaikan umrah dan anak-anak terpaksa dihantar ke Melaka. Aduhai…rindu dengan suami tak hilang-hilang ditambah dengan rindu pada anak pula.

Nasib juga minggu lepas sempat kami dating berdua. Makan di Ocean Hauz sedikit-sebanyak adalah acara pre-celebration juga.

Apapun aku memang tak sangka Hadi akan kirimkan 12 kuntum bunga ros yang mujurlah sewaktu penghantaran aku belum balik kerja. Ingatan dan perbuatan itu sangat manis..Hadi bukanlah jenis yang berbunga-bunga tak tentu hala. Sekali-sekala dia kasi, makin mencanaklah kasih sayang akak padanya… #gittew.

image

Apapun thank you, sayang…i love you so much. Me love you long time. Semoga perasaan cinta,kasih sayang dan mengasihani sesama kita akan subur selamanya. Kamu dan anak-anak adalah kekuatan saya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *